• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Sejarah Ngeri ‘Batu Sumpah Kimanis’ Sebuah Cerita Rakyat Di Sabah

Oleh
Aina Musa
3 Januari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Ketahui Sejarah Ngeri 'Batu Sumpah Kimanis' Sebuah Cerita Rakyat Di Sabah

Turut dikenali sebagai batu hidup

Ketahui Sejarah Ngeri ‘Batu Sumpah Kimanis’ Sebuah Cerita Rakyat Di Sabah. Salah satu cerita rakyat yang dikatakan mempunyai bukti secara empirikal sehingga hari ini adalah yang berkaitan dengan peristiwa perjanjian Batu Sumpah. Batu sumpah ini mendapat jolokan sebagai batu hidup apabila penduduk tempatan mula perasan batu ini semakin meninggi dan membesar hari demi hari.

Cerita rakyat ini bermula apabila sekumpulan lanun telah menceroboh kampung Darat Kimanis dan membunuh kanak-kanak dirumah panjang serta mencuri barangan berharga.

Ketahui Sejarah Ngeri 'Batu Sumpah Kimanis' Sebuah Cerita Rakyat Di Sabah
Ketahui Sejarah Ngeri ‘Batu Sumpah Kimanis’ Sebuah Cerita Rakyat Di Sabah. Kredit foto: Borneo Oracle

Didapati salah seorang kanak-kanak perempuan telah terlepas daripada pembunuhan tersebut dan telah melaporkan peristiwa itu kepada Datu Penghulu Darat Kimanis. Datu Penghulu Darat Kimanis telah bertindak membalas dendam dan datang ke semua kampung dipersisir sungai Dari kampung Kelatuan hinggalah ke kampung Putatan untuk membunuh musuh yang telah menceroboh kampung Darat Kimanis.

Namun, penghulu kampung Putatan telah mengarahkan tiga orang lelaki agar membunuh Datu Penghulu Darat Kimanis. Ketiga-tiga lelaki tersebut dapat dikalahkan tanpa dibunuh.

Datu Penghulu Darat Kimanis telah berpesan kepada ketiga-tiga lelaki tersebut agar menyampaikan pesanannya kepada Datu Putatan agar berdamai. Datu Penghulu Putatan bersetuju dan kemudiannya mengatur perjumpaan dengan Datu Penghulu Darat Kimanis.

Batu sumpah jadi simbolik perdamaian

Semasa perjumpaan tersebut, Datu Penghulu Darat Kimanis bersetuju untuk berdamai dengan syarat Datu Penghulu Putatan hendaklah membawa satu bongkah batu untuk ditanam di satu kawasan di kampung Darat Kimanis.

Ketahui Sejarah Ngeri 'Batu Sumpah Kimanis' Sebuah Cerita Rakyat Di Sabah
Kredit foto: Borneo Oracle

Apabila hari sumpah perdamaian tiba, sebiji bongkah batu yang tegak, dengan tingginya kurang dari 180 sentimeter telah dibawa dari Kampung Putatan menggunakan perahu melalui jalan laut. Batu tersebut telah dibalut dengan kain bercorak bunga iaitu tanda penghargaan dan pendamaian. Kemudian batu tersebut diletakan di dalam perahu dan dilayarkan ke lautan. Perahu yang membawa bongkah batu tersebut telah diarak masuk ke sungai Kimanis.

Sampai di tebing sungai, bongkah batu tersebut diturunkan ke darat dan kemudian ditarik oleh seekor kerbau terpilih yang gagah yang digelar si Gendang Perang.Batu tersebut kemudiannya dipacak beramai-ramai.

Kenapa nama batu itu disebut sebagai batu sumpah?

Pada masa yang sama seorang penjenayah yang telah melakukan kekejaman telah ditangkap. Penjenayah tersebut telah diikat kedua-dua belah tangannya pada bongkah batu. Apabila semua ketua puak, orang gagah dan penduduk kampung berkumpul, upacara sumpah perdamaian telah dijalankan.

Ketahui Sejarah Ngeri 'Batu Sumpah Kimanis' Sebuah Cerita Rakyat Di Sabah
lokasi batu sumpah ini tidak terlepas daripada aktiviti-aktiviti berunsur syirik

Upacara tersebut diketuai oleh Datu Penghulu Darat Kimanis. Mereka bersumpah tidak akan melakukan perbuatan ganggu menggangu dan bunuh membunuh sesama mereka. Sesiapa yang didapati melanggar sumpah tersebut, maka orang itu akan diikat di bongkah batu dan mesti dihukum dengan mengalirkan darahnya pada bongkah batu tersebut. Orang itu akan ditikam secara bergilir-gilir oleh setiap ketua puak hingga mati.

Setelah selesai, Datu Penghulu Darat Kimanis mengarahkan agar batu tersebut dimandikan dengan darah manusia yang berdosa. Datu Penghulu Darat Kimanis telah mencabut kerisnya dan menikam penjenayah yang telah diikat pada bongkah batu. Perbuatan tersebut kemudian diikuti oleh ketua puak dan orang gagah secara bergilir-gilir sehingga penjenayah tersebut mati.

Selepas sumpah perdamaian tersebut, huru hara dan permusuhan tidak lagi berlaku di situ.

Baca lagi cerita rakyat yang terkenal:

https://www.iloveborneo.my/sejarah-menarik-lagenda-puteri-santubong-dan-puteri-sejinjang-yang-terkenal-di-sarawak/
https://www.iloveborneo.my/kisah-tentang-dua-matahari-sebuah-cerita-rakyat-sabah/
SUMBER :The Patriots
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Di Sarawak Untuk Daftar Sistem PADU Secara Manual Ini Senarai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Di Sarawak Untuk Daftar Sistem PADU Secara Manual
Next Article Bonia, Jenama Fesyen Terkenal Malaysia Ambil Nayeon Twice Jadi Duta Bonia, Jenama Fesyen Terkenal Malaysia Ambil Nayeon Twice Jadi Duta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?