• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bau Asap Rokok ‘Sambut’ Pengunjung, Netizen Minta Tindakan Tegas Dari Pihak Vivacity Megamall

Oleh
Nazihah AN
14 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Bau Asap Rokok 'Sambut' Pengunjung, Netizen Minta Tindakan Tegas Dari Pihak Vivacity Megamall

Netizen Tegur Isu Asap Rokok di Mall Popular Kuching

Bau Asap Rokok ‘Sambut’ Pengunjung, Netizen Minta Tindakan Tegas Dari Pihak Vivacity Megamall. Suasana nyaman dan segar yang diimpikan sewaktu melangkah masuk ke sebuah pusat membeli-belah bertukar menjadi pengalaman tidak menyenangkan buat sesetengah pengunjung Vivacity Megamall apabila mereka ‘disambut’ oleh bau asap rokok dan vape sebaik sahaja tiba di pintu masuk aras 7.

Isu ini mula mencuri perhatian warganet apabila seorang pengguna Facebook berkongsi gambar dan luahan kecewanya terhadap kewujudan bilik merokok yang terletak bersebelahan dengan laluan utama masuk ke mall tersebut. Dalam hantaran yang kini tular, beliau menyentuh tentang betapa tidak selesanya keadaan itu terutama kepada keluarga yang membawa anak kecil dan warga emas.

Bau Asap Sampai Ke Lif? Pengunjung Tertekan

“Bau asap rokok tu sampai masuk ke lif” tulis beliau sambil menyatakan kekesalan terhadap pengunjung yang merokok sesuka hati, termasuk di luar kawasan bilik merokok yang telah disediakan. Meskipun niat asal pihak pengurusan menyediakan ruang khas merokok boleh dipuji, tindakan segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab telah mencemari tujuan murni itu.

Perkara ini bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa, malah membangkitkan kebimbangan tentang kesan kesihatan kepada orang awam yang terpaksa menghidu asap rokok tanpa rela.

Ruang Komen Dibanjiri Sokongan

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen bersetuju dengan luahan tersebut. Ada yang berkongsi pengalaman tidak selesa apabila melalui kawasan itu bersama anak-anak kecil, bahkan ada yang menyatakan bau asap rokok menyerap ke pakaian walaupun sekadar lalu sepintas lalu.

Warganet kini menggesa pihak pengurusan Vivacity Megamall agar mengambil langkah segera seperti memperketatkan pemantauan, mengalihkan lokasi bilik merokok ke tempat yang lebih terpencil dan jauh daripada laluan utama, serta memasang tanda larangan merokok yang lebih jelas di sekitar kawasan awam.

Tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan juga dicadangkan – kerana jelas peraturan tanpa penguatkuasaan hanyalah hiasan semata-mata.

Imej Mall Tercalar Jika Tidak Dikawal

Pusat membeli-belah bukan sekadar tempat untuk membeli barangan, tetapi juga tempat rekreasi keluarga dan ruang bersantai. Pengalaman negatif seperti ini bukan sahaja mencemarkan imej mall itu sendiri, malah boleh menjejaskan jumlah kunjungan jika tidak ditangani segera.

Baca juga cerita semasa di bawah:

Laluan Alternatif Baharu Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Dijangka Siap Tidak Lama Lagi
Krisis Bekalan Air UMS, Kecurian Dan Penggunaan Berlebihan Jadi Punca Terjejasnya Bekalan

SUMBER :Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Laluan Alternatif Baharu Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Dijangka Siap Tidak Lama Lagi Laluan Alternatif Baharu Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Dijangka Siap Tidak Lama Lagi
Next Article Rakyat Sarawak Digesa Muat Turun Aplikasi S Pay Global Untuk Akses Bantuan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?