• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

New Balance Buka Cawangan Pertama Borneo Di Vivacity Megamall Sarawak

Oleh
Nazihah AN
28 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
New Balance Buka Cawangan Pertama Borneo Di Vivacity Megamall Sarawak

New Balance Rasmi Tiba di Borneo

New Balance Buka Cawangan Pertama Borneo Di Vivacity Megamall Sarawak. Khabar gembira buat peminat gaya hidup aktif dan fesyen urban di Sarawak! New Balance secara rasmi membuka cawangan pertamanya di Malaysia Timur, bertempat di pusat beli-belah terkemuka, Vivacity Megamall, Kuching. Ini bukan sekadar pembukaan biasa, tetapi satu langkah besar dalam membawa jenama ikonik ini lebih dekat dengan komuniti dinamik di Borneo.

Dengan konsep runcit yang menekankan pengalaman pelanggan berbanding hanya paparan produk, stor New Balance ini menampilkan elemen penceritaan visual yang menyerlahkan warisan, ketelitian, dan inovasi yang menjadi nadi jenama ini sejak tahun 1906. Sama ada anda seorang pelari tegar atau pencinta sneakers bergaya, setiap kunjungan ke stor ini menjanjikan pengalaman yang penuh inspirasi.

New Balance Buka Cawangan Pertama Borneo Di Vivacity Megamall Sarawak

New Balance Pilih Kuching untuk Cawangan Pertama di Malaysia Timur

Menurut Coenraad Hefer, Pengurus Besar New Balance bagi Asia Tenggara, “Mengembangkan kehadiran kami ke Malaysia Timur bukan hanya membuka stor baharu – ia tentang membina hubungan yang lebih erat dengan komuniti yang berkongsi semangat terhadap pergerakan dan ekspresi diri.”

Lokasi stor ini juga bukan calang-calang – terletak di Vivacity Megamall, antara destinasi beli-belah utama di Kuching, ia menyediakan rangkaian lengkap kasut, pakaian, dan aksesori terkini daripada New Balance. Dari rekaan klasik yang tidak lapuk dek zaman hingga teknologi kasut berprestasi tinggi untuk atlet moden, semuanya tersedia di sini.

Yang paling menarik, sempena pembukaan rasmi, setiap pembelian akan menerima New Balance tote bag eksklusif secara percuma – selagi stok masih ada!

Kuching kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada perjalanan global New Balance yang menggabungkan sukan, budaya, dan gaya hidup moden. Bagi anda yang ingin merasai sendiri jenama yang menitikberatkan ketukangan dan prestasi, inilah masanya.

Stor New Balance Vivacity Megamall dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut atau mencari lokasi stor berhampiran, layari www.newbalance.com.my.

Baca juga cerita menarik di bawah:

Sarawak Antara Destinasi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025
Naik 20 Sen, Ninso Umum Pelarasan Harga Baharu Mulai 14 April 2025
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Antara Destinasi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak Antara Destinasi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025
Next Article JPJ Sabah Larang Kenderaan Barangan Di Atas Jalan Raya Sebelum Dan Selepas Aidilfitri JPJ Sabah Larang Kenderaan Barangan Di Atas Jalan Raya Sebelum Dan Selepas Aidilfitri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?