I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini

Oleh Nur Afifah 10 Mei 2021
Kongsi
7 Min Bacaan

Sedikit info berguna tentang ratu terjun negara.

Pandelela Rinong merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena sukan tanah air. Gadis yang berasal dari Bau, Sarawak telah menceburi bidang sukan ini sejak kecil lagi sehinggalah beliau akhirnya terpilih memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dari situ, bermulalah karier sukan terjun yang membina nama besar untuknya di peringkat antarabangsa.

Pandelela Rinong atau nama penuhnya, Pandelela Rinong anak Pamg merupakan seorang gadis berbangsa Bidayuh yang berasal dari Kampung Jugan, Bau, Sarawak. Beliau merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik kepada Hartini Lamim dan Pamg anak Joheng. Pandelela telah terpilih sebagai atlet terjun Sarawak sejak usia 7 tahun dan kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil, KL. Pandelela juga merupakan pemegang ijazah sarjana muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya pada tahun 2018.

Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini
Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini.
Pandelela bersama ibu bapanya. Kredit : mSTAR

Penampilan pertama Pandelela menghadiahkan 4 emas buat Malaysia

Penampilan pertama Pandelela di pentas antarabangsa adalah pada tahun 2007 dalam Kejuaraan Akuatik Asia Junior yang menyaksikan beliau meraih 4 pingat emas. Dalam tahun yang sama, beliau merangkul pingat emas pertama dalam Sukan SEA Thailand 2007 menerusi acara 10 meter platform berpasangan dengan Cheong Jun Hoong.

Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini

Lebih membanggakan, pada tahun 2008, Pandelela muncul sebagai atlet terjun termuda mewakili negara ke Sukan Olimpik Beijing. Pada waktu itu, beliau baru berusia 15 tahun dan menamatkan cabaran di tangga ke-27. Namun demikian, gadis ini bangkit semula pada tahun berikutnya dengan meraih pingat gangsa bersama Leong Mun Yee menerusi acara 10 meter platform Kejuaraan Terjun Dunia (FINA) di Rom, Itali. Ini merupakan pingat pertama Malaysia dalam kejuaraan tersebut.

Pada Sukan SEA di Vientiane, Vietnam pada tahun 2009, Pandelela terus cemerlang dengan meraih 2 pingat emas. Beliau juga menjadi pembawa bendera Malaysia pada Sukan Olimpik Musim Panas 2010 di Singapura. Dalam kejohanan tersebut, beliau memenangi pingat perak dalam acara 10 meter platform dan 3 meter papan anjal.

Pada tahun 2010 pula, beliau memenangi pingat emas sulung acara terjun 10 meter platform untuk Malaysia pada Sukan Komanwel di New Delhi, India.

Atlet Olimpik wanita pertama diberi amanah membawa bendera Malaysia

Pandelela juga pernah diberikan amanah untuk menjadi pembawa bendera negara semasa upacara perasmian Sukan Olimpik 2012. Untuk pengetahuan anda, beliau adalah atlet Olimpik wanita Malaysia yang pertama yang diberikan tanggungjawab tersebut. Dalam kejohanan tersebut, beliau menyertai tiga acara iaitu terjun 10 meter platform, terjun 3 meter papan anjal serentak bersama Cheong Jun Hoong dan terjun 10 meter platform serentak bersama Leong Mun Yee.

Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini

Sepanjang sejarah karier beliau, pencapaian yang paling tinggi yang pernah diperolehi oleh Pandelela adalah menjadi atlet wanita pertama Malaysia yang menyumbangkan pingat dalam Sukan Olimpik. Bukan itu sahaja, Pandelela juga sebenarnya menjadi atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat dalam Sukan Olimpik iaitu semasa penyertaannya dalam Sukan Olimpik London, pada tahun 2012.

Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini
Pandelela (kiri) bersama Cheong Jun Hoong (kanan).

Bagi menghargai kejayaan Pandelela, beliau telah dianugerahkan pingat Johan Bintang Kenyalang (Companion of the Order of the Star of Hornbill) pada tahun 2012 daripada Kerajaan Sarawak atas kecemerlangan luar biasanya dalam bidang sukan. Beliau merupakan atlet pertama dari Sarawak yang dianugerahkan pingat tersebut. Pingat Johan Bintang Kenyalang merupakan pingat keempat dalam darjah pengurniaan pingat kerajaan Sarawak dan hanya memperuntukkan seramai 150 orang penerima sahaja pada satu-satu masa.

Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini

Masih menyerlah walaupun dilanda kecederaan

Lumrah menjadi seorang atlet pastinya tidak lekang daripada kecederaan. Walaupun dibelenggu kecederaan lutut, Pandelela tetap memberikan aksi luar biasa apabila meraih pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform serentak bersama gandingannya, Nur Dhabitah Sabri. Dalam acara perseorangan pula, Pandelela tetap menyinar dengan kilauan pingat perak dalam acara kegemarannya, terjun 10 meter platform.

Pada tahun 2015 pula, Pandelela sekali lagi melakar sejarah apabila beliau menjadi atlet Malaysia pertama menaiki podium dalam acara perseorangan di kejuaraan akuatik dunia. Beliau memenangi pingat perak dalam acara individu 10 meter platform di Kazan dan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro, Brazil.

Sukan Olimpik Rio di Brazil pada tahun 2016 pula menyaksikan Pandelela serta gandingannya, Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak dan merupakan pasukan atlet wanita pertama Malaysia yang memenangi pingat dalam Sukan Olimpik.

Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini

Susulan kejayaannya dalam Sukan Olimpik Rio itu, Pusat Akuatik Sarawak di Petra Jaya dinamakan sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong. Pandelela mengambil keputusan untuk berehat seketika pada tahun 2016 akibat kecederaan bahu yang dialaminya.

Kejayaan Pandelela sehingga kini

Beliau kembali semula pada tahun 2017 menerusi kejuaraan akuatik dunia di Budapest, Hungary dengan memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform serentak bersama Cheong Jun Hoong. Dalam tahun yang sama iaitu pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, beliau menggondol pingat emas dalam acara baharu iaitu terjun 3 meter papan anjal serentak campuran bersama gandingannya, Gabriel Gilbert Daim. Selain itu, Pandelela dengan mudah mempertahankan pingat emas dalam acara kegemarannya iaitu terjun 10 meter platform.

Kemunculan semula Pandelela yang epik baru-baru ini juga telah meletakkan nama beliau dalam kelas tersendiri apabila berjaya merangkul pingat emas pertama Malaysia dalam kejuaraan akuatik dunia (FINA) menerusi acara terjun 10 meter platform.

Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini

Gadis yang kini berusia 28 tahun ini juga pernah menjadi penghias utama majalah berprestij seperti Tatler Malaysia. Siapa sangka Pandelela berubah 180 darjah serupa model professional apabila berada di luar kolam renang. Lebih spesifik, di hadapan lensa kamera!

Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini
Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini
Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini
Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini

Jika ditulis dengan lengkap, banyak lagi sebenarnya kejayaan yang dikecapi oleh gadis Bidayuh Sarawak ini. Semoga Pandelela terus melangkah ke hadapan dan meningkatkan prestasi untuk mencapai matlamat yang diimpikan dan terus membanggakan rakyat Malaysia.

Kejayaan atlet paralimpik Sarawak, Bonnie Bunyau ini juga tidak kurang hebatnya. Baca artikel penuh di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Jenama Terkenal Yang Anda Tak Sangka Berasal Dari Malaysia 5 Jenama Terkenal Yang Anda Tak Sangka Berasal Dari Malaysia
Next Article Akibat Tekanan Luar Biasa, Pelajar Asal Sibu Di Sebuah Universiti Taiwan Bunuh Diri

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?