• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mesyuarat Persatuan Sukan Cetus Kluster Baharu Di Kuching Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
10 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Semalam satu Kluster baharu telah diisytiharkan di Kuching.

Mesyuarat Persatuan Sukan Cetus Kluster Baharu Di Kuching Sarawak. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Pada hari Ahad semalam telah mengisytiharkan satu lagi kluster baharu COVID-19 di Sarawak iaitu Kluster Jalan Stadium Negeri, Kuching.

Mesyuarat Persatuan Sukan Cetus Kluster Baharu Di Kuching Sarawak
Mesyuarat Persatuan Sukan Cetus Kluster Baharu Di Kuching Sarawak. Gambar sebagai hiasan

Kluster tersebut merupakan kluster sosial yang dikesan melibatkan satu mesyuarat teknikal

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah memaklumkan kluster tersebut merupakan kluster sosial yang dikesan melibatkan satu mesyuarat teknikal sebuah persatuan sukan di Jalan Stadium di Petra Jaya pada 30 April lepas.

Menurutnya, kes indeks kluster tersebut merupakan seorang lelaki warganegara berusia 65 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Petra Jaya pada 3 Mei dan telah disahkan positif COVID-19 pada 5 Mei.

“Kes indeks telah mendapat jangkitan daripada komuniti dan telah merebakkan jangkitan kepada ahli mesyuarat yang hadir pada hari tersebut yang kemudian telah merebak dalam kalangan ahli keluarga kontak-kontak tersebut.

“Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 55 individu telah disaring dengan 17 didapati positif dan 38 negatif,” menurut JPBN dalam satu kenyataan semalam.

Mesyuarat Persatuan Sukan Cetus Kluster Baharu Di Kuching Sarawak
Gambar sebagai hiasan

Kontak rapat dimasukkan ke pusat kuarantin

Di samping itu, seramai 38 orang kontak rapat pula dimasukkan ke pusat kuarantin bagi tujuan pengasingan.

Secara keseluruhan, jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah sebanyak 76 kluster. 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kluster telah merekodkan 82 penambahan kes baharu di Sarawak.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Atlet Paralimpik Sarawak, Bonnie Bunyau Rangkul Pingat Emas Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021
Next Article Bawa Emas Untuk Malaysia Sejak Usia 14 Tahun, Ini Pencapaian Pandelela Rinong Sehingga Kini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?