• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bayi Berusia 10 Bulan Positif Dadah, Ibu Ditahan Bantu Siasatan

Oleh
ILB - AI
13 Julai 2023
Kongsi
1 Min Bacaan
Bayi Berusia 10 Bulan Positif Dadah, Ibu Ditahan Bantu Siasatan

Bayi positif dadah angkara ibu

Bayi Berusia 10 Bulan Positif Dadah, Ibu Ditahan Bantu Siasatan. Seorang wanita berusia 21 tahun ditahan polis selepas dia dan anak perempuannya berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, penahanan itu dilakukan setelah pihaknya mendapat laporan daripada Hospital Taiping semalam.

Bayi Berusia 10 Bulan Positif Dadah, Ibu Ditahan Bantu Siasatan
Bayi Berusia 10 Bulan Positif Dadah, Ibu Ditahan Bantu Siasatan. Kredit: Kosmo

“Kita telah dimaklumkan oleh Pegawai Perubatan Hospital yang memaklumkan kanak-kanak itu positif dadah amphetamine dan methamphetamine. Difahamkan, sebelum itu kanak-kanak tersebut dihantar ke rumah neneknya sementara ibunya keluar membeli barangan runcit di kedai berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Razlam, kes itu mula terbongkar apabila kanak-kanak itu menunjukkan tingkah laku tidak terkawal ketika hendak tidur.

“Ibunya telah membawanya ke hospital dan pihak hospital mendapati kanak-kanak itu positif dadah,” katanya.

Bayi Berusia 10 Bulan Positif Dadah, Ibu Ditahan Bantu Siasatan

Tambahnya, ibu mangsa yang merupakan seorang suri rumah ditahan dan hasil saringan air kencing mendapati dia juga positif dadah jenis methaphetamine.

“Difahamkan kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Kanak-Kanak 11 Tahun Dikejarkan Ke Hospital Gara-Gara Termakan Biskut Inti Ganja Milik Bapa
Notis Penutupan Jalan Sekitar Kuching Sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakan Korporat Jho Low, Jasmine Loo Ditangkap
Next Article Baucar Digital Khas Untuk Pelajar, Kerajaan Beri RM300 Untuk Penerbangan Domestik Baucar Digital Khas Untuk Pelajar, Kerajaan Beri RM300 Untuk Penerbangan Domestik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?