• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Bayi Dilahirkan Atas Perahu Masa Banjir, Ibu Bagi Nama Siti Noor Banjiriah

Oleh
Husna Hazmi
26 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Ibu kepada bayi tersebut memberikan nama bayi perempuannya Siti Noor Banjiriah.

Bayi Dilahirkan Atas Perahu Masa Banjir, Ibu Bagi Nama Siti Noor Banjiriah. Aneh tapi benar, seorang bayi yang lahir ketika banjir dinamakan Siti Noor Banjiriah.

Menurut berita Tribun News, ibu kepada bayi itu, Ernawati melahirkannya ketika berada di atas bot sewaktu paras air naik dan menenggelamkan beberapa wilayah di Kalimantan Selatan, Indonesia. Ernawati dibantu dua orang bidan pada saat kelahiran yang mencemaskan itu.

Bayi Dilahirkan Atas Perahu Masa Banjir, Ibu Bagi Nama Siti Noor Banjiriah
Bayi Dilahirkan Atas Perahu Masa Banjir, Ibu Bagi Nama Siti Noor Banjiriah

Merasakan sakit untuk bersalin

“Pagi 20 Januari, saya sudah merasakan sakit untuk bersalin. Ketika bersiap untuk ke hospital, air tiba-tiba naik secara mendadak.

“Baru sahaja naik bot, saya rasa bayi sudah mahu keluar,” menurut Ernawati yang mengimbas semula insiden ketika air pasang akibat banjir yang melanda kampungnya, Desa Lokbaintan, di mukin Sungai Tabuk, Banjar.

Menurut portal berita Kompas.com pula, salah seorang bidan itu yang bernama Arfat, berkata dia dan rakannya bergegas ke rumah Ernawati lantaran mendapat tahu tentang seorang penduduk kampung yang sudah sarat dan menunggu masa untuk melahirkan.

Ketika tiba, kesemua mereka terus naik ke dalam perahu untuk dipindahkan, dan waktu itu jugalah bayi Ernawati ‘tidak sabar’ untuk menjengah dunia.

“Kami melihat bukaan yang jelas, dan ibunya sedia melahirkan,” ujar Arfat.

Melahirkan di perahu, alhamdulillah Selalu sehat ibu dan anaknyaBanjiriah jar ngarannya😁

Posted by Ponk Burger on Wednesday, January 20, 2021

Siti Noor Banjiriah selamat dilahirkan

Siti Noor Banjiriah selamat dilahirkan dengan berat 3.3 kilogram dan panjang badan 50 sentimeter. Kedua-dua ibu dan bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Ketika kejadian berlaku, kampung itu sudah seminggu dilanda banjir teruk, dan tiada akses untuk keluar masuk kecuali dengan menaiki perahu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beberapa Penduduk Rumah Panjang Yang Dikawal Ketat Di Sibu Mungkin Melarikan Diri Melalui Jalan Hutan Beberapa Penduduk Rumah Panjang Yang Dikawal Ketat Di Sibu Mungkin Melarikan Diri Melalui Jalan Hutan
Next Article Larikan Diri Dari Hospital Miri, Pesakit Positif COVID-19 Ditangkap Polis Beberapa Jam Kemudian Larikan Diri Dari Hospital Miri, Pesakit Positif COVID-19 Ditangkap Polis Beberapa Jam Kemudian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?