Seorang lelaki yang didapati positif Covid-19 telah ditangkap polis setelah melarikan diri dari Hospital Miri
Larikan Diri Dari Hospital Miri, Pesakit Positif COVID-19 Ditangkap Polis Beberapa Jam Kemudian. Dilaporkan seorang lelaki positif Covid-19 telah melarikan diri dari Hospital Miri tetapi telah ditangkap polis beberapa jam kemudian.
Lelaki tersebut dilapor melarikan diri pada 25 Januari tetapi sudah ditangkap dan dibawa kembali ke hospital untuk menjalani rawatan seterusnya.
Berasal dari Batu Niah
Menurut laporan, pesakit tersebut berusia 33 tahun dan berasal dari Batu Niah.
Lelaki berkenaan telah pergi ke sebuah hospital swasta di Miri untuk membuat ujian swab. Setelah didapati positif, pegawai perubatan di hospital swasta terbabit mengarahkannya ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Sementara tunggu di Hospital Miri, pesakit terbabit melarikan diri sekitar jam 3PM.
Perkara ini turut mendorong polis untuk segera melakukan pencarian, di mana lelaki tersebut ditangkap di rumahnya di Batu Niah malam tadi sebelum dihantar kembali ke Hospital Miri.
Polis dilaporkan akan membuka kertas siasatan terhadap pesakit itu setelah selesai menjalani rawatan.