• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Kawasan Semak Berdekatan Rumah Sewa Di Song

Oleh
Ismail NA
19 November 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Bayi malang yang tidak bersalah.

Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Kawasan Semak Berdekatan Rumah Sewa Di Song. Kes pembuangan bayi masih belum ada kesudahannya. Ada bayi yang menemui ajal sebelum ditemui, ada yang direnggut oleh binatang liar dan ada juga yang selamat dan sihat. Yang terbaharu ini pula berlaku di Song, Kapit.

Isi Isi Penting
  • Bayi malang yang tidak bersalah.
  • Bayi yang sihat dan sempurna fizikal itu ditinggalkan dalam keadaan bogel
  • Remaja Tingkatan 4 ditahan atas kesalahan buang bayi
  • Kes pembuangan bayi yang baru berlaku di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 4 bulan yang lalu :

Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan selamat di sebuah kawasan semak dekat Jalan Mission, Song, Kapit pagi semalam. Bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam keadaan masih bertali pusat.

Keberadaan bayi malang tersebut disedari oleh seorang lelaki yang kebetulan menyewa di rumah sewa yang berhampiran dengan kawasan semak tempat bayi tersebut ditinggalkan. Sebelum menemui bayi tersebut, adik kepada lelaki yang berusia 32 tahun itu terdengar tangisan seorang bayi dari luar rumah. Mereka berdua kemudian segera bergegas ke bahagian belakang rumah sewa mereka dan menemui bayi tersebut.

Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Kawasan Semak Berdekatan Rumah Sewa Di Song
Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Kawasan Semak Berdekatan Rumah Sewa Di Song. Sumber : Norsyazwani Nasri via Harian Metro

Bayi yang sihat dan sempurna fizikal itu ditinggalkan dalam keadaan bogel

Ketua Polis Daerah Song, DSP Rowney Jalak mengesahkan kepada media perkara berkenaan dan memberitahu bahawa pihaknya menerima aduan daripada orang awam sekitar jam 9 pagi semalam.

Bayi tersebut dijumpai berada di atas rumput dan daun kering. Lelaki yang merupakan penyewa rumah sewa Alban Nyuang tersebut tersentak dengan penemuan itu lalu membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan. Bayi tersebut sihat dan sempurna fizikal namun ditinggalkan dalam keadaan berbogel.

Susulan itu, sepasukan pihak polis segera ke lokasi kejadian dan membawa bayi tersebut keluar dan dihantar ke Klinik Kesihatan Song untuk pemeriksaan lanjut. Jabatan Kebajikan Daerah Kapit turut dimaklumkan mengenai penemuan bayi tersebut.

Remaja Tingkatan 4 ditahan atas kesalahan buang bayi

Berikutan kes buang bayi ini, seorang remaja berusia 16 tahun telah ditahan di rumahnya semalam pada jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati bahawa remaja perempuan tersebut merupakan adik kepada lelaki yang menjumpai bayi tersebut.

Suspek terdahulu memberitahu abangnya bahawa dia terdengar tangisan bayi dari belakang rumah sewa mereka. Mereka berdua segera memeriksa belakang rumah dan menjumpai bayi tersebut.

Remaja perempuan terbabit telah dibawa ke Hospital Kapit untuk mendapatkan rawatan lanjut. Polis kini sedang giat mengesan teman lelaki remaja berkenaan yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun dan dipercayai telah menghilangkan diri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perkara ini diminta untuk menghubungi Balai Polis Song di talian 084-777222 atau tampil ke balai polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Kes pembuangan bayi yang baru berlaku di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 4 bulan yang lalu :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Viral Di Tiktok, Ibu Terkejut Buaya Munculkan Diri Di Pantai Kuala Sibuti Miri Viral Di Tiktok, Ibu Terkejut Buaya Munculkan Diri Di Pantai Kuala Sibuti Miri
Next Article Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?