• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano

Oleh
Ismail NA
20 November 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahniah!

Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano. Lebuh raya yang baik merupakan salah satu mod perhubungan yang penting bagi merancakkan ekonomi masyarakat tempatan. Akhirnya, penduduk Sarawak terutamanya di kawasan Bintangor dan Julau ini bakal menikmati akses jalan yang lebih selesa dan lancar apabila jajaran Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau dibuka secara rasmi hari ini.

Isi Isi Penting
  • Tahniah!
  • Jajaran Bintangor-Julau merupakan salah satu daripada 3 seksyen daripada Pakej Bintangor-Jambatan Kua, Selangau
  • Jajaran Pan Borneo yang kedua telah siap sepenuhnya di Sarawak selepas Jajaran Telok Melano-Sematan
  • Jajaran Serian-Sri Aman juga dah hampir nak siap! Boleh baca selanjutnya di sini :

Jajaran Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau ini melibatkan kerja-kerja naik taraf jalan daripada 2 lorong kepada 4 lorong dari persimpangan Bintangor ke persimpangan Julau sepanjang 28.5 km. Jajaran ini merupakan salah satu jajaran daripada 3 jajaran dalam Pakej Kontrak Kerja 07 Pan Borneo Sarawak.

Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano
Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano. Sumber : Berita RTM Sarawak

Jajaran Bintangor-Julau merupakan salah satu daripada 3 seksyen daripada Pakej Bintangor-Jambatan Kua, Selangau

Jajaran ini termasuk dalam Kontrak Pakej Kerja 07 iaitu Bintangor ke Jambatan Sungai Kua. Kontrak pakej kerja ini menelan belanja sebanyak RM 537.4 juta dan merangkumi pembinaan lebuh raya sejauh 75 km.

Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano
Sumber : Berita RTM Sarawak
Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano
Sumber : Berita RTM Sarawak
Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano
Sumber : Berita RTM Sarawak

Jalan Bintangor-Julau di bawah projek mega Pan Borneo ini telah siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini di Stadium William Mawan Ikom, Pakan. Turut hadir adalah Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, Dato’ Sri Fadillah Yusof dan ADUN Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya , Dato’ Sri Fadillah Yusof, jajaran ini dijangka akan memberikan akses jalan yang cekap terutamanya untuk penduduk di kawasan Sarikei, Bintangor untuk ke Kanowit dan Sibu.

Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano
Sumber : UKAS
Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau Rasmi Dibuka Hari Ini, Jajaran Kedua Siap 100% Selepas Telok Melano
Sumber : Kementerian Kerja Raya Malaysia

Bukan itu sahaja, jalan ini juga berupaya untuk memudahkan urusan perjalanan dan logistik hasil pertanian daripada kawasan Julau ke pekan atau bandar besar. Apatah lagi Julau merupakan daerah pengeluar lada terbanyak di Malaysia.

Malah, warga Julau boleh ke Sarikei mahupun Bintangor dalam masa 40 minit sahaja menggunakan jajaran baharu ini.

Jajaran Pan Borneo yang kedua telah siap sepenuhnya di Sarawak selepas Jajaran Telok Melano-Sematan

Jajaran Seksyen Julau ini merupakan jajaran kedua yang telah siap sepenuhnya dan dirasmikan di Sarawak selepas jajaran Telok Melano-Sematan pada 28 Januari 2019.

Untuk pengetahuan anda, projek Pan Borneo Sarawak bermula dari Telok Melano sehingga ke Miri dengan jarak sejauh 786 km. Secara keseluruhan, ia merangkumi pembinaan lebuh raya 4 lorong, 115 pembinaan jalan 2 lorong, dan 24 persimpangan bertingkat.

Tahniah penduduk Bintangor, Sarikei dan Julau! Pandu cermat jiwa selamat.

Jajaran Serian-Sri Aman juga dah hampir nak siap! Boleh baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Kawasan Semak Berdekatan Rumah Sewa Di Song
Next Article Sabah Membenarkan Kemasukan, Tidak Perlu Ujian Swab Bagi Mereka Yang Sudah Divaksin Sepenuhnya Sabah Membenarkan Kemasukan, Tidak Perlu Ujian Swab Bagi Mereka Yang Sudah Divaksin Sepenuhnya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?