• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bayi Perempuan Selamat Dilahirkan Dalam Bot Ekspress Sewaktu Lalui Jeram Pelagus, Jeram Paling Bahaya Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
29 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Sambut Kelahiran Bayi Dalam Bot Ekspress Di Sibu, Bayi Perempuan Tersebut Akhirnya Dalam Keadaan Sihat

Tahniah kepada pasangan tersebut!

Bayi Perempuan Selamat Dilahirkan Dalam Bot Ekspress Sewaktu Lalui Jeram Pelagus, Jeram Paling Bahaya Di Sarawak. Dilaporkan bahawa, bayi selamat disambut oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan ketika dalam perjalanan ke Hospital Kapit di dalam bot ekspress pagi tadi.

Kata Dr. Dustan Empawi, baru tiga bulan ditempatkan di Klinik Kesihatan Punan Bah sebagai pegawai perubatan, beliau sendiri tidak menyangka bahawa beliau akan berdepan dengan pengalaman pertama kali menyambut kelahiran bayi di dalam bot ekspress.

Bayi Perempuan Selamat Dilahirkan Dalam Bot Ekspress Sewaktu Lalui Jeram Pelagus, Jeram Paling Bahaya Di Sarawak
Bayi Perempuan Selamat Dilahirkan Dalam Bot Ekspress Sewaktu Lalui Jeram Pelagus, Jeram Paling Bahaya Di Sarawak

“Kami selamat menyambut kelahiran bayi perempuan”- Dr Dustan

Seorang wanita mengandung dengan usia kandungan 35 minggu mengadu berada dalam kesakitan pada bahagian perut selepas melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Punan Bah sekitar jam 8 pagi tadi, kata Dr Dustan.

“Saya terus merujuk ke Hospital Kapit kerana ibu tersebut dalam fasa kelahiran. Ibu yang berumur 29 tahun dirujuk doktor pakar obstretik dan kecemasan memandangkan bayi dalam kandungan peringkat pra matang,” ujar beliau dalam sebuah kenyataan.

Pada jam 11.50 pagi, wanita dari Rumah Asing, Belaga ini bakal melahirkan anak ketiganya, ditemani oleh Dr. Dustan dan Jururawat Masyarakat (JM) Ganggong.

“Namun dalam perjalanan, ibu mengadu kesakitan dan ingin meneran. Kebetulan ketika itu kami juga melalui Wong Pelagus (jeram yang berbahaya di Sarawak).Dengan tindak pantas saya dan JM, kami selamat menyambut kelahiran bayi perempuan dan seberat 2.05 kilogram. Ibu tersebut selamat sampai ke kecemasan Hospital Kapit untuk rawatan susulan,” jelas beliau dalam kenyataan tersebut.

Tahniah buat pasangan tersebut juga pegawai perubatan dan jururawat yang telah menjadi wira menyambut kelahiran bayi tersebut.

Ketahui Jeram Pelagus, Jeram paling bahaya di Sarawak:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Salahguna Kebenaran Rentas Daerah, Polis Cekup Lelaki Kantoi Bawa Masuk 80 Kilogram Ketum Di Sabah
Next Article 96 Orang Penerima Vaksin 2 Dos Antara 362 Individu Positif COVID19 Di Kuching Semalam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?