Ini 5 port lejen yang confirm warga Kuching tahu
Ini 5 Lokasi Bazar Ramadan Legend Sekitar Kuching. Ini 5 Senarai Bazar Ramadan ‘Legend’ Sekitar Kuching Yang Boleh Anda Terjah. Menjelang bulan Ramadan yang akan tiba, tidak lengkap rasanya jika tidak mengunjungi bazar Ramadan untuk mencuba hidangan dan pencuci mulut yang istimewa. Oleh itu, disini kami senaraikan 5 bazar ramadan yang wajib anda lawati di Kuching.
1. Bazar Ramadan Satok
Bazaar Ramadan Satok adalah salah satu bazar ramadan yang terkenal di Kuching. Terletak di kawasan Satok, bazar ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional seperti laksa Sarawak, kuih bongkol serta banyak lagi. Anda pasti akan teruja dengan pelbagai hidangan yang ditawarkan di bazaar ini.
Gerai yang paling dinanti-nantikan warga Kuching setiap kali ke sini adalah gerai cucur rodey!
Lokasi: Jalan Satok, bersebelahan dengan Kubah Ria

2. Bazar Ramadan Stutong
Bukan sekadar umat Islam, bangsa-bangsa lain pun turut teruja berpusu-pusu ke bazar ramadan Stutong ini!
Terletak bersebelahan dengan pasar basah Stutong, bazar ini menjadi tumpuan warga Kuching untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.
Lokasi: 14870, Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, 93350 Kuching, Sarawak

3. Bazar Ramadan Sukma
Bagi penduduk Sukma, Bandar Baru Samariang dan sekitar pasti sering mengunjungi bazar ramadan ini. Bazar ini boleh dikatakan bazar legend bagi penduduk sekitar itu kerana ia sudah pun beroperasi sejak sekian lama setiap kali tibanya bulan ramadan. Yang pasti kalau nak datang sini pastikan anda datang awal kerana tempat letak kereta adalah terhad!
Lokasi: Taman Sukma (Jalan Sultan Tengah) 93050 Kuching, Sarawak

4. Bazar Ramadan Kota Sentosa
Bagi warga Kuching yang ingin mendapatkan juadah berbuka puasa yang rare misalnya makanan autentik dari Semenanjung Malaysia, maka ini merupakan bazar ramadan yang sesuai untuk anda!
Uniknya di sini, selain makanan Sarawak, hidangan seperti nasi kerabu, laksam dan sebagainya mudah didapati di sini kerana peniaganya kebanyakkannya berasal dari Semenanjung (disebabkan terletak tidak jauh dari kem tentera Batu 8)
Lokasi: Pasar Batu, 7, Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak

5. Bazar Ramadan Semarak, Gita
Kalau nak cari kuih-muih legend pula, biasanya warga Kuching akan mengunjungi bazar ramadan di Gita ini. Terletak di tengah-tengah laluan yang sentiasa sibuk, orang ramai sanggup ‘stop by’ ke sini demi mendapatkan beberapa kuih muih.
Lokasi: Berdekatan Pusat Penjaja Semarak, Gita Kuching

Ini pula lokasi bazar ramadan sekitar Kuching:
