• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini 5 Sebab Mengapa Bufet Ramadan Hilton Kuching 2024 Wajar Anda Cuba

Oleh
Ismail NA
8 Mac 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Bufet Ramadan Hilton Kuching 2024

Hilton Kuching Meraikan Bulan Ramadan dengan tema ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’

Ini 5 Sebab Mengapa Bufet Ramadan Hilton Kuching 2024 Wajar Anda Cuba. Tahun ini, Hilton Kuching memperkenalkan bufet Ramadannya yang bertema “Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini”, yang mengetengahkan sebuah pengalaman berbuka puasa yang meraikan sajian warisan negara serta pelbagai rencah rasa dari pelusuk dunia.

Pihak I Love Borneo sempat memenuhi undangan daripada Hilton Kuching pada Rabu lalu untuk merasai sendiri evolusi kulineri hidangan Ramadan tahun ini yang merangkumi menu klasik tradisi dan ciptaan kulineri moden. Berikut adalah 5 sebab mengapa bufet Ramadan Hilton Kuching 2024 tampak eksklusif dan wajar untuk anda cuba.

Ini 5 Sebab Mengapa Bufet Ramadan Hilton Kuching 2024 Wajar Anda Cuba
Ini 5 Sebab Mengapa Bufet Ramadan Hilton Kuching 2024 Wajar Anda Cuba

1. Menu istimewa daging brisket wagyu yang diperap selama 7 hari dan dipanggang selama 12 jam

Untuk meningkatkan pengalaman berbuka puasa di bulan Ramadan ini, Bufet Ramadan Hilton Kuching 2024 yang dilangsungkan di River View Cafe menawarkan stesen langsung dan layanan meja yang disusun olah khas oleh Chef Eksekutif Alex dan Sous Chef, Chef Nazrin.

Dari Salad Parmesan Caesar gaya roda bersama telur sous vide bersuhu 60°C dan sos hollandaise gula apong yang lazat sehinggalah ke Wagyu Brisket panggang yang dimasak selama 12 jam dengan resipi khas yang melibatkan proses perapan selama 7 hari. Layanan eksklusif ini bakal membuatkan pelanggan lebih berselera dan berpeluang untuk merasai pengalaman berbuka puasa dengan mewah (sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!)

2. 95% sayur-sayuran dan udang dari sumber tempatan

Bufet ini juga menyerlahkan komitmen Hilton terhadap amalan pelancongan lestari. Melalui inisiatif seperti mendapatkan 95% sayur-sayuran dan udang dari sumber tempatan dan memastikan salmon mempunyai pensijilan AMC/MSC, Hilton Kuching menunjukkan komitmennya terhadap perolehan bahan yang bertanggungjawab.

Usaha ini selaras dengan inisiatif Travel with Purpose Hilton secara menyeluruh, sekaligus mencerminkan tekad hotel ini dalam memastikan kelestarian dan prinsip hospitaliti yang berwaspada.

3. Free flow durian Musang King dan pemberian pek hadiah khas untuk kanak-kanak

Sebagai penghargaan istimewa untuk peminat durian, Bufet Ramadan Hilton Kuching 2024 turut menyediakan reruai durian Musang King dari jam 8 malam hingga 9 malam, untuk tetamu menikmati durian segar secara terbuka. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang membawa pulang pek hadiah khas.

4. Diskaun 10% untuk tempahan lebih daripada 10 orang

Bagi tempahan kumpulan sekurang-kurangnya 10 orang dan ke atas, River View Café bakal menawarkan diskaun 10%. Lebih jimat.

5. Sudut bergambar istimewa untuk kenang-kenangan

Tambahan pula, tetamu boleh mengabadikan kenangan bersama keluarga di ruang sudut bergambar yang disediakan di restoran.

Antara hidangan istimewa termasuk pelbagai pilihan makanan laut segar di atas ais, Stesen Sushi, Maki & Sashimi, Salad Parmesan Segar Disalut di dalam Roda Keju, Kambing Utuh Salai dengan Nasi Bukhari, Nasi Kandar Lamb Shank, Nasi Biryani Bambu Udang Galah, Tomahawk Black Angus Australia Bakar dengan Sos Lada Hitam Krim Sarawak, Rebah Wagyu Panggang 12 Jam, Pelbagai Kuih Melayu, Roti Jon Wagyu, dan Manisan Arab Tradisional Buatan Sendiri.

Bufet Ramadan Hilton Kuching diadakan di River View Cafe and Grand Ballroom

Bufet Ramadan di River View Cafe berlangsung dari 18 Mac hingga 6 April 2024, waktu 6:30 PM hingga 10:00 PM, dan berharga pada RM338 untuk dewasa dan RM169 untuk kanak-kanak.

Selain itu, bufet Ramadan ini juga akan diadakan di Grand Ballroom Hilton Kuching dari 12 Mac hingga 8 April dari 6:30 PM hingga 10:00 PM dan dinilaikan pada RM178 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak, memberikan lebih banyak peluang kepada tetamu untuk menyertai sambutan kulineri ini.

Antara hidangan istimewa adalah Stesen Rojak Pasembor Udang Harimau, Kambing Utuh Salai dengan Nasi Arab, Ikan Salmon Bakar dengan Rempah Asia, Rebah Tulang Kambing Lambat New Zealand, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dengan Pegaga, Udang Masak Mentega, Pelbagai Kuih Melayu Tradisional, ABC dan Cendol.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +608 2223 888, emel [email protected] atau layari EatDrinkHilton.com.

Semak juga senarai bufet Ramadan lain yang telah kami kompilasikan mengikut daerah di Sarawak:

Ini Senarai Buffet Ramadan 2024 Hotel-Hotel Di Kuching
Ini Senarai Buffet Ramadan 2024 Sekitar Sibu
Ini Senarai Buffet Ramadan 2024 Di Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terkini Penjawat Awam Sarawak Terima Bayaran Insentif RM2000 Dari Kerajaan Negeri Terkini: Penjawat Awam Sarawak Terima Bayaran Insentif RM2000 Dari Kerajaan Negeri
Next Article Graduan KV Keningau Terima Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Graduan KV Keningau Terima Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?