• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pementasan Pentomin ‘Berduruk’ Sempena Hari Gawai Dayak di Muzium Budaya Borneo, Masuk Percuma

Oleh
Farisha
19 Mei 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Citra Malaysia “Colours of Malaysia”: Beduruk β€” Bukan Sekadar Persembahan Biasa

Pementasan Pentomin Berduruk Sempena Hari Gawai Dayak di Muzium Budaya Borneo, Masuk Percuma. Sambutan Hari Gawai Dayak semakin hampir dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk meraikan perayaan ini yang kaya dengan warisan budaya. Bagi yang berada di sekitar Kuching atau merancang ke sana, ini adalah satu acara yang tidak wajar dilepaskan.

Di bawah program Citra Malaysia: “Colours of Malaysia”, satu pementasan pentomin yang dinamakan BEDURUK akan diadakan khas sempena perayaan Gawai Dayak. Persembahan ini menampilkan keindahan muzik dan tarian tradisional yang dibawakan oleh Kumpulan Kesenian JKKN Sarawak, menonjolkan elemen seni persembahan yang kreatif, ekspresif dan menyentuh rasa.

Pementasan Pentomin 'Berduruk' Sempena Hari Gawai Dayak di Muzium Budaya Borneo, Masuk Percuma
Pementasan Pentomin Berduruk Sempena Hari Gawai Dayak di Muzium Budaya Borneo, Masuk Percuma. Sumber foto: Facebook JKKN Sarawak Edisi Baharu

Pentomin ini merupakan gabungan seni tari, muzik dan lakonan tanpa dialog yang bertujuan untuk menyampaikan mesej dan emosi menerusi gerak tubuh dan ekspresi – menjadikannya satu pengalaman seni yang unik dan mendalam.

Maklumat penting:

Maklumat Acara

πŸ“… Tarikh: 21 Mei 2025 (Rabu)
πŸ•’ Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
πŸ“ Tempat: Muzium Budaya Borneo, Kuching
🎟️ Kemasukan: Percuma

Nota penting: Tempat duduk adalah terhad, maka para pengunjung disarankan hadir lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan acara ini, sila hubungi:

πŸ“ž Encik Fairuz anak Louis @ Gabriel
πŸ“± Talian: 082-422006

Acara ini bukan sekadar persembahan hiburan, tetapi juga satu platform untuk mendekati dan memahami nilai budaya yang menjadi identiti rakyat Sarawak. Jangan lepaskan peluang ini – bawa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyaksikan pementasan yang sarat dengan seni dan makna.

Jika anda menghargai seni dan budaya tempatan, inilah masa yang sesuai untuk meraikannya bersama komuniti.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan sambutan Hari Gawai Dayak:

Ini Penjelasan Mudah Aturan Cuti Bertindih Hari Gawai Dan Hari Keputeraan Agong 2025
Ketahui 5 Hidangan Simbolik Sempena Hari Gawai Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article McDonald Metro City Kuching Meriahkan Sambutan Hari Guru Bersama Warga Pendidik Chung Hua 4
Next Article SAPP Gesa DBKK Kembalikan Konsep Asal Parkir Bertingkat Percuma di Foh Sang Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia β€˜Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?