• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Begini Rupanya Asal Usul Nama Semporna di Sabah

Oleh
Ismail NA
13 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Daerah yang dikelilingi oleh pulau yang awesome!

Begini Rupanya Asal Usul Nama Semporna di Sabah. Daerah Semporna di Sabah terkenal dengan kejernihan air lautnya serta kehidupan masyarakat Bajau yang mewarnai daerah ini.

Isi Isi Penting
  • Daerah yang dikelilingi oleh pulau yang awesome!
  • Nama Semporna : Suratan atau Kebetulan?
  • Berasal dari istilah ‘Simporna’
  • Semporna dibuka sebagai penempatan baharu pada 10 Mei 1887
  • Penduduk tempatan memanggilnya ‘Tong Talun’ sebelum Semporna
  • Jadi, jangan lupa usha tempat-tempat yang best di Sabah seperti ini :


Nama Semporna : Suratan atau Kebetulan?

Terkenal sebagai destinasi pelancongan pilihan warga tempatan mahu pun luar negara, pasti anda tertanya-tanya adakah nama Semporna ini kebetulan dengan persekitaran semula jadinya yang cantik dan hampir sempurna?

Begini Rupanya Asal Usul Nama Semporna di Sabah
Begini Rupanya Asal Usul Nama Semporna di Sabah

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan kepada anda tentang asal usul nama daerah Semporna, Sabah. Jum!

Berasal dari istilah ‘Simporna’

Nama Semporna sebenarnya berasal daripada istilah ‘simporna’ yang bermaksud tempat untuk berehat.

Individu pertama yang menemui daerah ini merupakan seorang Gabenor Inggeris yang bernama W.M. Crocker (William Henry Crocker). Ketika daerah ini ditemui pada pertengahan tahun 1887, beliau bersama seorang pedagang Cina yang dikenali sebagai Toonah.

Begini Rupanya Asal Usul Nama Semporna di Sabah

Oleh yang demikian, nama Semporna diberikan oleh Gabenor tersebut setelah mereka menemui daerah ini.

Semporna dibuka sebagai penempatan baharu pada 10 Mei 1887

Dalam tahun yang sama, kawasan Semporna ini dibuka secara rasmi sebagai penempatan baharu oleh Syarikat Borneo Utara British (SBBU) pada 10 Mei 1887.

Perasmiannya dilakukan oleh Gabenor Crocker. Pada ketika itu, beliau merupakan pemangku Gabenor Sabah pada ketika itu.

Penduduk tempatan memanggilnya ‘Tong Talun’ sebelum Semporna

Walau bagaimanapun, sebelum dinamakan sebagai Semporna, penduduk tempatan iaitu masyarakat Bajau Kubang di sana hanya memanggil nya sebagai Tong Talun.

Tong Talun bermaksud ‘hujung hutan’ kerana daerah Semporna dahulu tidak lain tidak bukan hanyalah sebuah kawasan hutan belantara yang belum diteroka.

Ia juga dikenali dengan istilah Magindora oleh suku kaum Bajau asli Tong Talun (Semporna).

Daerah Semporna ini juga terletak di lokasi yang strategik iaitu di antara sempadan perairan antarabangsa Filipina dan Indonesia.

Begitulah sedikit sebanyak kisah ringkas tentang asal usul nama Semporna.

Hari ini, aktiviti pelancongan merupakan sektor ekonomi utama daerah Semporna kerana ia dikelilingi oleh pulau-pulau yang indah dan menawan. Bahkan digelar Maldives Malaysia kerana lautan nya begitu jernih dan indah.

Rugi kalau anda berkunjung ke Sabah tapi tak pergi ke Semporna.

Jadi, jangan lupa usha tempat-tempat yang best di Sabah seperti ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hasil Eksperimen Lelaki Ini Bongkar Aktiviti Pengintipan Data Aplikasi TikTok Hasil Eksperimen Lelaki Ini Bongkar Aktiviti Pengintipan Data Aplikasi TikTok
Next Article Ini Adalah 7 Hack Pembersihan Yang Anda Boleh Gunakan Ini Adalah 7 Cara Hack Mencuci Barang Yang Anda Boleh Cuba!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?