fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar “Aquaman” di Sabah

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
18 November 2019
Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar “Aquaman” di Sabah
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

‘Aquaman’ Benar-Benar Wujud? Biar Betul!

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar “Aquaman” di Sabah. Masyarakat Bajau Laut merupakan masyarakat yang hidup nomad dan sering berpindah-randah di kawasan laut. Golongan ini turut dipanggil dengan gelaran Pala’u, ‘nomad laut’ atau ‘gipsi laut’ disebabkan cara hidup yang mereka amalkan. Namun, tahukah anda mengapa masyarakat Bajau Laut ini digelar ‘Aquaman’?

1.Mampu Menahan Nafas Selama 13 Minit Di Dalam Air

Oleh kerana cara hidup mereka yang sudah biasa berada di laut, masyarakat Bajau Laut mampu menahan nafas selama lebih kurang 13 minit ketika berada di dalam air. Malah, etnik ini juga menghabiskan masa sehingga lebih 5 jam sehari di dalam air untuk menangkap hasil laut.

ADVERTISEMENT

2.Mempunyai Limpa Yang Lebih Besar Daripada Manusia Biasa

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar "Aquaman" di Sabah
Kredit : Twitter @IsskndarAriffin

Limpa bertindak sebagai gudang yang menyimpan sel darah merah yang membawa oksigen. Menurut sekumpulan saintis dari Universiti of Copenhagen, etnik Bajau Laut mempunyai saiz limpa sehingga 50 peratus lebih besar daripada manusia biasa. Malah, limpa yang besar ini juga terdapat pada individu Bajau Laut yang tidak menyelam. Saintis ini menyimpulkan bahawa ia bukan disebabkan oleh rutin menyelam, sebaliknya memang terdapat pada genetik masyarakat Bajau Laut.

3.Dikatakan Sebagai Antara Penyelam Paling Elit Di Dunia

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar "Aquaman" di Sabah
Kredit : Twitter @IsskndarAriffin

Bayangkan jika anda menyelam tanpa peralatan menyelam yang moden? Mampukah anda bertahan selama yang mungkin di dalam laut? Agak susah untuk anda tetapi bagi etnik Bajau Laut, ia adalah perkara yang normal. Mereka boleh menyelam ke dalam laut hanya dengan menggunakan seluar pendek dan berjalan di lantai laut. Apa yang paling mengagumkan, mereka boleh menyelam dengan kedalaman melebihi 230 kaki dan mampu menangkap ikan dan sotong sehingga 8 kilogram sehari.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

4.Hidup Turun-Temurun di Kawasan Laut Sejak 1000 Tahun Yang Lalu

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar "Aquaman" di Sabah
Kredit : Claudio Sieber

Untuk pengetahuan anda, etnik Bajau Laut ini telah menjadikan kawasan perairan laut sebagai rumah utama mereka kerana mereka sangat bergantung kepada aktiviti menyelam untuk mendapatkan sumber makanan. Oleh itu, masyarakat Bajau Laut dipercayai telah mengalami satu proses evolusi pada sistem pernafasan dan limpa yang menyebabkan mereka dapat bertahan lama di dalam air. Mereka akan naik ke darat untuk mendapatkan bekalan sumber air bersih untuk minuman dan membeli barang keperluan runcit. Selebihnya, masa mereka banyak dihabiskan di laut.

ADVERTISEMENT

Kebanyakan Masyarakat Bajau Laut Tinggal di Daerah Semporna, Sabah

Kebanyakan masyarakat Bajau Laut ini mendiami kawasan perairan Sabah, terutamanya di daerah Semporna seperti di perkampungan air Bangau-Bangau, Labuan Haji (Pulau Bum-Bum), Pulau Gusungan dan Pulau Mabul, dan Taman Marin Tun Sakaran. Mereka masih tinggal di dalam bot atau rumah perahu. Namun demikian, mereka sangat peka akan masa, musim dan tempoh sesuatu waktu disebabkan pengetahuan mereka yang luas tentang pergerakan laut.

Ini barulah ‘aquaman’ sejati. Pilihan mereka untuk hidup di kawasan laut adalah salah satu cara untuk mengekalkan tradisi nenek moyang mereka sejak dulu lagi. Apa pandangan anda?

ADVERTISEMENT

Jangan lupa like dan share post ini!

Share540Tweet73SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy