• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekas Pegawai Kewangan Jabatan Kebajikan Sarawak Didakwa Pecah Amanah Melibatkan RM15 Juta

Oleh
Farisha
7 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kes Penggubahan Wang Haram di Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak

Bekas Pegawai Kewangan Jabatan Kebajikan Sarawak Didakwa Pecah Amanah Melibatkan RM15 Juta. Bekas pembantu tadbir kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak menafikan 31 pertuduhan penggubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah melibatkan lebih RM15 juta di Mahkamah Sesyen sini hari ini.

Menurut laporan media, Mohd Zairull Arzuan @ Ang Chui Thong, 38 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan tersebut di prosiding berasingan di hadapan Hakim Iris Awen Jon, Afidah Abdul Rahman, Musli Ab Hamid dan Saiful Bahari Adzmi.

Bekas Pegawai Kewangan Jabatan Kebajikan Sarawak Didakwa Pecah Amanah Melibatkan RM15 Juta
Bekas Pegawai Kewangan Jabatan Kebajikan Sarawak Didakwa Pecah Amanah Melibatkan RM15 Juta. Sumber foto: BH

Diikat jamin berjumlah RM365,000

Walau bagaimanapun, hakim membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM365,000 dengan dua penjamin tempatan, dan menetapkan pengurusan kes pada 10 Mei 2024.

31 pertuduhan penggubahan wang haram tertakluk di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Akta yang sama.

3 pertuduhan pecah amanah jenayah yang dilakukan

Difahamkan, Mohd Zairull didakwa melakukan kesalahan melibatkan jumlah RM4,734,221.13 antara tahun 2020 dan 2022.

Bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah yang tertakluk di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, beliau didakwa melakukan pecah amanah melibatkan jumlah RM10,272,350.13 antara tahun 2019 dan 2021.

Dimaklumkan bahawa Mohd Zairull, selaku pegawai yang bertanggungjawab terhadap simulasi gaji di Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, telah mengemukakan surat peletakan jawatan berkuat kuasa 31 Januari 2022 tetapi kemudiannya telah memendekkan tempoh notis kepada 31 Disember 2021.

Kes dikendalikan Pendakwa Raya Wan Nur Amanina Wan Din dan Mohd Ashrof Kamarul, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Christopher Bada.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Didakwa 16 Tuduhan Pecah Amanah, ‘Cashier’ Sebuah Pasar Raya Di Kuching Mengaku Tidak Bersalah
Didakwa Pecah Amanah, Pesara Swasta Tidak Mengaku Seleweng Wang Pampasan Penduduk Di Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Youtuber Dari Singapura Makan Nasi Beriani 7kg Di Kuching Sampai Licin Buat Netizen Melopong Youtuber Dari Singapura Makan Nasi Beriani 7kg Di Kuching Sampai Licin Buat Netizen Melopong
Next Article Dakwaan Wanita Di Kuching ‘Hilang’ RM30K Dari Tabung Haji Sebenarnya Dipindah Ke Akaun Bank Sendiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?