• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Didakwa Pecah Amanah, Pesara Swasta Tidak Mengaku Seleweng Wang Pampasan Penduduk Di Bintulu

Oleh
Aina Musa
21 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Didakwa Pecah Amanah, Pesara Swasta Tidak Mengaku Seleweng Wang Pampasan Penduduk Di Bintulu

Didakwa pecah amanah wang pampasan sebanyak RM 155,820

Didakwa Pecah Amanah, Pesara Swasta Tidak Mengaku Seleweng Wang Pampasan Penduduk Di Bintulu. Seorang pesara swasta telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Bintulu hari ini atas tuduhan pecah amanah dan penyalahgunaan harta wang sebanyak RM155,820 empat tahun yang lalu.

Shamsuddin Abdul Razak, 67, telah membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Steve Ritikos.

Didakwa Pecah Amanah, Pesara Swasta Tidak Mengaku Seleweng Wang Pampasan Penduduk Di Bintulu
Didakwa Pecah Amanah, Pesara Swasta Tidak Mengaku Seleweng Wang Pampasan Penduduk Di Bintulu. Kredit: SPRM

Duit pampasan milik penduduk di beberapa buah kampung

Menurut kertas pertuduhan, dia dituduh telah menyalahgunakan satu cek pembayaran berjumlah RM155,820 untuk keuntungan peribadi dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya di sebuah bank di Jalan Galau antara jam 8.30 pagi hingga 11.59 malam pada 11 Mac 2019.

Cek tersebut dikeluarkan oleh Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Bintulu sebagai pampasan kepada masyarakat kaum Melayu di Sungai Tubau hingga ke Sungai Jelalong dan Bazar Tubau serta Sebauh untuk pembelian tanah rizab penduduk asal (Pertanian) di Daerah Tanah Rasan sebagai Skim Perluasan kampung Melayu Tubau oleh Kerajaan Negeri.

Didakwa Pecah Amanah, Pesara Swasta Tidak Mengaku Seleweng Wang Pampasan Penduduk Di Bintulu

Jika kesalahan tersebut terbukti, hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara selama minimum enam bulan dan maksimum lima tahun, sebatan dan juga denda.

Bagaimanapun, tertuduh telah dibebaskan dengan jaminan tunai sebanyak RM8,000 serta dua orang penjamin.

Hakim Steve telah menetapkan tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes pada 10 April akan datang.

Baca lagi artikel terkini:

Starbucks Drive Thru Pertama Di Kuching, Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi
Basikal Buluh Buatan Sarawak, Dijangka Masuk Pasaran China Tahun Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Drama Projek: High Council Ditegur Terlalu Banyak Adegan Merokok Secara Terbuka Dan Keterlaluan
Next Article [VIDEO] Betul-Betul Rare, Pengantin Guna Bas Di Matang Ini Raih Perhatian Netizen [VIDEO] Betul-Betul Rare, Pengantin Guna Bas Di Matang Ini Raih Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?