• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekas Penyerang JDT, Hazwan Bakri Kini Perkuat Kuching City FC

Oleh
Farisha
9 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tolak peluang ke Perak dan Pahang, Hazwan Bakri disambar Kuching City

Bekas Penyerang JDT, Hazwan Bakri Kini Perkuat Kuching City FC. Kuching City FC, sebuah kelab Liga Super yang berpusat di Sarawak, telah mengumumkan ketibaan bekas pemain kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri. Pengumuman ini dibuat melalui saluran media sosial rasmi kelab tersebut.

Hazwan, yang kini berusia 33 tahun, menyertai Kuching City sebagai pemain bebas selepas kontraknya dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) tamat pada penghujung musim 2023.

Bekas Penyerang JDT, Hazwan Bakri Kini Perkuat Kuching City FC
Bekas Penyerang JDT, Hazwan Bakri Kini Perkuat Kuching City FC

“Hazwan Bakri ialah Kuching City. Selamat datang ke Kuching City, Hazwan Bakri,” tulis kelab itu menyambut kedatangan Hazwan dengan mesej ringkas di laman Facebook.

Sebelum ini, Hazwan terpaksa berehat lama akibat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) yang dialaminya semasa perlawanan terakhir Liga Super musim 2023 antara JDT dan Penang FC. Sejak itu, beliau telah menumpukan perhatian kepada pemulihan sebelum mencari kelab baharu.

Kehadiran Hazwan disambut baik oleh penyokong Kuching City FC, yang digelar ‘The Cats’. Mereka yakin bahawa pemain yang biasa dipanggil Jack ini akan dapat memperkuatkan barisan serangan pasukan.

Di Kuching City FC, Hazwan akan bersaing dengan pemain-pemain seperti Tchetche Kipre, Pedro Henrique, Amirrul Iqmal Bolhi dan penjaring terbanyak pasukan, Jordan Mintah untuk tempat di barisan hadapan. Selain sebagai penyerang, Hazwan juga mampu bermain di posisi sayap, memberikan lebih banyak pilihan taktikal kepada jurulatih Aidil Sharin Sahak.

Hazwan membawa bersamanya pengalaman yang luas, termasuk kejayaan memenangi piala bersama Selangor dan JDT. Beliau juga pernah mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dengan 32 penampilan dan tujuh gol.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Skuad Bola Sepak Wanita Sabah Cipta Sejarah, Layak Ke AFC Women’s Champions League
Tetap Hormat Walau Kalah, Penyokong Kuching City FC Sambut Penyokong Selangor FC Dengan Meriah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ambulans Langgar Lori Di Betong, Pemandu Lori Ditahan Untuk Siasatan Lanjut Ambulans Langgar Lori Di Betong, Pemandu Lori Ditahan Untuk Siasatan Lanjut
Next Article Hak Sarawak Dan Sabah Ke Atas Sumber Wilayah Dijamin Undang-Undang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?