• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tetap Hormat Walau Kalah, Penyokong Kuching City FC Sambut Penyokong Selangor FC Dengan Meriah

Oleh
Husna Hazmi
3 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Ini baru sportsmanship yang kita mahu, terbaiklah orang Sarawak dan Selangor!

Tetap Hormat Walau Kalah, Penyokong Kuching City FC Sambut Penyokong Selangor FC Dengan Meriah. Walaupun tewas 5-0 dengan pasukan lawan iaitu Selangor FC pada aksi Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Negeri, Petra Jaya di Kuching malam semalam, penyokong Kuching City FC tetap bertabah dengan keputusan perlawanan.

Keputusan tersebut diterima secara penuh rasa hormat daripada penyokong Kuching City FC.

Tetap Hormat Walau Kalah, Penyokong Kuching City FC Sambut Penyokong Selangor FC Dengan Meriah
Tetap Hormat Walau Kalah, Penyokong Kuching City FC Sambut Penyokong Selangor FC Dengan Meriah

Penyokong Selangor FC berterima kasih dengan para petugas dan pihak polis

Di TikTok semalam, terdapat beberapa perkongsian di mana penyokong Selangor FC memuji serta berterima kasih dengan tindakan para petugas Kuching City FC dan juga pihak polis di sini yang telah mengiringi mereka ke tempat duduk pada perlawanan tersebut.

Dalam video berkenaan, apabila penyokong Selangor FC masuk mengikut padang, penyokong Kuching City FC memberikan sorakan meriah kepada penyokong pihak lawan.

Kata penyokong Selangor FC, mereka rasa seperti perarakan pada pembukaan Sukma pula apabila disambut dengan penuh meriah oleh penyokong Kuching City FC.

Tetap Hormat Walau Kalah, Penyokong Kuching City FC Sambut Penyokong Selangor FC Dengan Meriah

Untuk memastikan keselamatan semua

Penyokong-penyokong Selangor FC ini diiringi oleh pihak polis dan mereka terpaksa mengikut pintu laluan lain adalah untuk memastikan keselamatan semua yang berada di stadium berkenaan. Langkah keselamatan ini adalah agar tiada perkara yang tidak diingin berlaku.

Namun melihat bagaimana kedua-dua penyokong pasukan bola sepak Malaysia ini menghormati satu sama lain membuatkan orang ramai berasa kagum.

Penyokong Selangor FC siap nanyikan lagu berjudul ‘Terima Kasih Penyokong Kuching’ lagi di akhir perlawanan dan nanyian tersebut disambut mesra oleh penyokong Kuching.

Inilah yang kita mahukan, kedua-dua tuan rumah dan pengunjung dari luar sama-sama saling bertoleransi, saling hormat-menghormati dan menjaga adab. Sungguh mengagumkan dan tahniah diucapkan kepada semua penyokong-penyokong yang hadir pada malam semalam!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Puji Nasi Ayam Di Restoran Rasa Rabuyah Kuching, Diva AA Beri ‘Hint’ Nak Ke Sarawak Tak Lama Lagi
[VIDEO] Kagum Dengan Adab Anak Sarawak, Wanita Ini Beri Pujian Tak Henti-Henti
SUMBER :TikTok dakpoyo85
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Harga Telur Melampau, Peniaga Kek Dan Dessert Di Kuching Pula Dilema Mahu 'Letak Harga' Harga Telur Melampau, Peniaga Kek Dan Dessert Di Kuching Pula Dilema Mahu ‘Letak Harga’
Next Article 'Baru Aku Nampak Roti Gardenia Harga Kayangan', Wanita Ini Terkejut Lihat Harganya Di Sarawak ‘Baru Aku Nampak Roti Gardenia Harga Kayangan’, Wanita Ini Terkejut Lihat Harganya Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?