• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekas TYT Sarawak, Tun Salahuddin Meninggal Dunia

Oleh
ILB - AI
29 Januari 2022
Kongsi
1 Min Bacaan
Bekas TYT Sarawak, Tun Salahuddin Meninggal Dunia
Perkara itu disahkan oleh menantu Allahyarham, Wan Ibrahim Omar kepada media

Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (gambar), 100, meninggal dunia pada 11.47 malam Jumaat di Pusat Perubatan Normah di sini akibat sakit tua.

Perkara itu disahkan oleh menantu Allahyarham, Wan Ibrahim Omar kepada Bernama. 

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang namun waktunya belum diputuskan.

Tun Salahuddin, yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014. 

Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali.

Pada 2000, Tun Salahuddin menjadi pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak kerana penyandang jawatan itu Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat menjalankan tugas kerana jatuh sakit.

Tun Ahmad Zaidi meninggal dunia pada Disember 2000 yang menyaksikan Tun Salahuddin dilantik semula secara tetap ke jawatan itu pada Februari 2001 dengan penggalnya berakhir secara rasmi pada 28 Februari 2014.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Harga Serendah RM185, Penerbangan Sulung Dari Singapura Ke Miri Beroperasi 23 Februari Ini Harga Serendah RM185, Penerbangan Sulung Dari Singapura Ke Miri Beroperasi 23 Februari Ini
Next Article Hilux Keluar Simpang Terus Masuk Lorong Kanan Hampir Sebabkan Kemalangan Di Gedong Hilux Keluar Simpang Terus Masuk Lorong Kanan Hampir Sebabkan Kemalangan Di Gedong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?