Video dashcam rakaman tersebut dikongsi oleh pengguna di laman facebook.
Hilux Keluar Simpang Terus Masuk Lorong Kanan Hampir Sebabkan Kemalangan Di Gedong. Pagi tadi tular di laman facebook satu video yang dikongsi pengguna yang menunjukkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda, toyota hilux yang memandu secara berbahaya dan lalai.
Video berdurasi 21 saat tersebut memaparkan kenderaan tersebut memandu secara berbahaya apabila terus memasuki lorong kanan sebaik sahaja keluar dari sebuah simpang.
Difahamkan juga, insiden tersebut berlaku berdekatan dengan sebuah stesen minyak yang terletak di simpang ke Gedong, Sarawak.
Gaya pemanduan bahaya individu tersebut juga menyebabkan sebuah van yang sedang berada di lorong kanan jalan tersebut untuk terpaksa melakukan brek kecemasan.
Kesan brek kecemasan itu nampak jelas di atas jalan raya akibat van tersebut terpaksa mengelak dari melanggar kenderaan di hadapannya.
Berdasarkan komen di laman facebook, kejadian hampir sama juga pernah berlaku dengan pemandu lain di sekitar kawasan tersebut juga.
“That pick up driver is a monkey. Moroon, unsivilised person, it happens to me also at that area”
Pemandu lalai seperti pemandu hilux tersebut juga mungkin punca berlakunya kemalangan, ujar netizen yang lain.
Ada highway pun, buat macam jalan kampung…
Apa pendapat anda dengan insiden insiden seperti ini? Adakah patut sekiranya pemandu yang dirakam memandu dengan bahaya sebegini dikenakan tindakan?

