• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekas Warden Penjara Dan Anggota Polis Ditahan Di Siburan, Dipercayai Pukul OKU Sehingga Mati

Oleh
Husna Hazmi
27 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa telah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan yang dialami.

Bekas Warden Penjara Dan Anggota Polis Ditahan Di Siburan, Dipercayai Pukul OKU Sehingga Mati. Dilaporkan bahawa, pihak berkuasa telah menahan dua individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai dipukul dalam kejadian di Kampung Jawa dekat Semenggoh, Jalan Puncak Borneo, Siburan semalam.

Bekas Warden Penjara Dan Anggota Polis Ditahan Di Siburan, Dipercayai Pukul OKU Sehingga Mati
Bekas Warden Penjara Dan Anggota Polis Ditahan Di Siburan, Dipercayai Pukul OKU Sehingga Mati. Gambar sekadar hiasan.

Mangsa berusia 26 tahun itu merupakan pemegang kad OKU mental

Berdasarkan sumber, mangsa yang berusia 26 tahun itu merupakan pemegang kad OKU mental. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang dan mangsa dikatakan telah dipukul oleh seorang bekas warden penjara dan anggota polis di kampung berkenaan.

“Mereka sebenarnya berjiran dan semasa kejadian mereka berdua diminta oleh ibu mangsa untuk menenangkannya yang bertindak agresif bagi diberikan ubat penenang kerana mangsa adalah pesakit mental.

“Ada berlaku pergelutan dan mangsa didapati menjadi lemah.

“Kes masih dalam siasatan polis dan kedua-dua mereka telah ditangkap,” kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi oleh Astro AWANI.

Bekas Warden Penjara Dan Anggota Polis Ditahan Di Siburan, Dipercayai Pukul OKU Sehingga Mati
Kredit gambar: Utusan Borneo

Mangsa dihantar ke rumahnya sebelum dikejarkan ke hospital

Mangsa kemudiannya dihantar ke rumahnya sebelum dikejarkan ke hospital sekitar jam 5 petang untuk mendapatkan rawatan yang lanjut. Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan yang dialami.

“Namun kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenai punca dan motif kejadian.

“Harap masyarakat tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

“Pihak IPD Padawan akan keluarkan kenyataan media rasmi.

“Mohon tunggu kenyataan tersebut dan tidak menyebarkan berita tidak tepat yang akan mengganggu siasatan polis dan menggusarkan masyarakat awam,” tegas beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article RASMI : Berikut Senarai Penuh Kabinet Di Bawah Pentadbiran PM Ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Next Article Isu Pekerja Positif Dipaksa Turun Kerja, Polis Sarawak Gesa Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?