• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isu Pekerja Positif Dipaksa Turun Kerja, Polis Sarawak Gesa Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

Oleh
Ismail NA
27 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Beranikan diri dan lapor sekarang!

Isu Pekerja Positif Dipaksa Turun Kerja, Polis Sarawak Gesa Mangsa Tampil Buat Laporan Polis. Susulan isu status pekerja positif yang disembunyikan oleh majikan di Kuching awal minggu ini, pihak Polis Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.

Isi Isi Penting
  • Beranikan diri dan lapor sekarang!
  • Hubungi talian aduan polis Sarawak berikut
  • Pesalah boleh dihukum penjara tidak lebih 2 tahun hingga 5 tahun atau denda
  • Baru-baru ini, tular satu hantaran netizen yang meminta pendapat bagaimana untuk melaporkan majikan yang memaksa pekerja positif untuk turun bekerja. Baca selanjutnya di sini :

Meskipun ramai yang mengeluh di platform sosial media tentang masalah ini, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah melalui siaran media yang dikeluarkan pada jam 11 pagi tadi itu menyebut bahawa setakat ini pihak polis belum menerima mana-mana aduan berhubung masalah majikan memaksa pekerja positif turun hadir bekerja.

Isu Pekerja Positif Dipaksa Turun Kerja, Polis Sarawak Gesa Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

Hubungi talian aduan polis Sarawak berikut

Sehubungan itu, pihak polis menggesa mana-mana pihak yang dipaksa hadir bekerja oleh pihak majikan atau mana-mana pihak lain untuk membuat laporan polis di mana-mana balai polis yang berdekatan untuk tindakan lanjut. Individu yang terkesan dengan tindakan pentingkan diri majikan ini juga boleh menghubungi talian polis Sarawak di talian berikut;

Talian hotline polis Sarawak : 082-240 800

Talian ibu pejabat polis daerah Kuching : 082 – 244 444

Pesalah boleh dihukum penjara tidak lebih 2 tahun hingga 5 tahun atau denda

Perbuatan menyembunyikan status pekerja positif COVID-19 dan memaksa mereka untuk hadir bekerja adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara tidak lebih 2 tahun sehingga 5 tahun atau denda serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dengan ini, diharap mangsa yang terlibat dengan permasalahan ini memberanikan diri untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan polis. Langkah anda ini bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa diri dan keluarga tetapi juga dapat membantu melindungi masyarakat daripada penularan senyap COVID-19 yang semakin tidak terkawal di Sarawak.

Isu Pekerja Positif Dipaksa Turun Kerja, Polis Sarawak Gesa Mangsa Tampil Buat Laporan Polis
Isu Pekerja Positif Dipaksa Turun Kerja, Polis Sarawak Gesa Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, tular satu hantaran netizen yang meminta pendapat bagaimana untuk melaporkan majikan yang memaksa pekerja positif untuk turun bekerja. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bekas Warden Penjara Dan Anggota Polis Ditahan Di Siburan, Dipercayai Pukul OKU Sehingga Mati
Next Article ‘Maharaja’ Soloz Pecah Rekod, Orang Malaysia Pertama Dipilih Jadi Suara Latar Emote Mobile Legend

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?