I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Belanja RM 8.2 Juta, Sarawak Kini Miliki 50 Tan PPE Dan Bekalan Perubatan
Notification Show More
Latest News
Medan Selera Halal Di Sarikei, Bazar MARA Kini Telah Dibuka Kepada Para Pengunjung!
Medan Selera Halal Di Sarikei, Bazar MARA Kini Telah Dibuka Kepada Para Pengunjung!
20 Mei 2022
Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
20 Mei 2022
Buat Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Kongsi Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
20 Mei 2022
Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik
Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik
20 Mei 2022
BeFunky collage 57 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
20 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Belanja RM 8.2 Juta, Sarawak Kini Miliki 50 Tan PPE Dan Bekalan Perubatan

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 13/04/20 4:59 AM
Kongsi
4 Min Bacaan
ppe Belanja RM 8.2 Juta, Sarawak Kini Miliki 50 Tan PPE Dan Bekalan Perubatan
Kongsi
Sponsored

Bantuan Untuk ‘Frontliners’ Seluruh Sarawak Telah Tiba

Belanja RM 8.2 Juta, Sarawak Kini Miliki 50 Tan PPE Dan Bekalan Perubatan. Sarawak hari ini akhirnya menerima bekalan PPE dan bekalan perubatan yang lain apabila pesawat khas yang membawa bekalan tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tengah hari tadi.

Pesawat pengangkut kargo jenis Airbus A330 tersebut disewa khas untuk menerbangkan sejumlah 50 tan PPE beserta bekalan perubatan yang lain dari Shanghai, China terus ke Kuching. Kesemua bekalan ini adalah hasil pembelian kerajaan Sarawak bagi memastikan kelengkapan hospital dan petugas hadapan mencukupi.

Sponsored
92849552 1836559206475435 5510474565827952640 o Belanja RM 8.2 Juta, Sarawak Kini Miliki 50 Tan PPE Dan Bekalan Perubatan
Kredit : UKAS

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah, menyatakan bahawa kerajaan Sarawak bakal mengagihkan keperluan tersebut kepada 36 hospital di seluruh Sarawak secepat yang mungkin.

Bekalan Diterbangkan Terus Dari Shanghai, China

Tambahnya lagi, pesawat tersebut disewa khas daripada Malaysia Airlines bagi membawa bekalan tersebut terus dari China ke Kuching. Ia bagi memastikan keperluan ini dapat dipenuhi dengan segera memandangkan fasiliti kesihatan kini sedang menghadapi kesukaran akibat kekurangan suit perlindungan diri.

Sponsored

Antara item yang terkandung dalam 50 tan bekalan tersebut ialah 50,000 keping gogal perlindungan perubatan, 125,880 keping topeng muka KN95, 900,000 keping topeng muka pembedahan (surgical mask), 50,040 PPE beserta pelindung kasut perubatan yang berjumlah 50,040 pasang.

Belanja RM 8.2 Juta, Sarawak Kini Miliki 50 Tan PPE Dan Bekalan Perubatan
Gambar hiasan.
Kredit : NSTP/OSMAN ADNAN

Pesawat MAS Kargo MH6496 tersebut berlepas dari Shanghai, China pada jam 10.18 pagi tadi dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3.43 petang.

Sponsored

Sumber Bekalan PPE Ini Bergantung Kepada Jumlah Kes Akan Datang

Semasa menjawab pertanyaan sidang media petang tadi, Datuk Abdul Karim Hamzah turut menyatakan bahawa sumber bekalan perubatan ini bergantung kepada jumlah kes yang akan datang. Berdasarkan situasi sekarang, jumlah kes semakin stabil dan tiada kluster baru dijangka muncul selepas ini. Walau bagaimanapun, semua pihak terutamanya penduduk harus memainkan peranan mereka untuk kekal berada di rumah dan menjauhkan diri daripada sebarang perkumpulan atau aktiviti besar-besaran.

92388834 1836559089808780 3740710356385792000 o Belanja RM 8.2 Juta, Sarawak Kini Miliki 50 Tan PPE Dan Bekalan Perubatan
Belanja RM 8.2 Juta, Sarawak Kini Miliki 50 Tan PPE Dan Bekalan Perubatan

Dalam perkembangan yang sama, Dr. Sim Hui Kian turut memaklumkan bahawa sebanyak 40 treler kontena dan 3 trak digunakan untuk mengangkut bekalan tersebut. Pada asalnya, bekalan tersebut sepatutnya dibawa ke Sarawak pada 1 April yang lalu. Namun, berlaku sedikit masalah logistik yang menyebabkan bekalan tersebut terpaksa dibawa menggunakan trak dari Qindgao, Shandong ke Shanghai sejauh 800 km.

Sponsored

Bekalan Berjumlah RM 6.5 Juta, Sewa Khas Kargo RM 1.7 Juta

Difahamkan, sebanyak bekalan PPE dan perubatan tersebut berjumlah RM 6.5 juta manakala sewa khas kargo berjumlah RM 1.7 juta.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas sumbangan tersebut. Dengan sumbangan ini, ia turut membuktikan bahawa kerajaan Sarawak turut bekerja keras bersama pihak kesihatan untuk mengekang penularan COVID-19.

Sponsored

Selain itu, mereka juga turut menyampaikan sekalung penghargaan kepada Jeneral Konsulat China di Kuching, Jabatan Kastam Malaysia, MAS Kargo dan agensi lain yang terlibat.

Sponsored
Nur Afifah 9 April 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elak Risiko COVID-19, Lelaki Ini Sanggup Berjalan Kaki Selama 3 Hari Pulang Ke Kampung Elak Risiko COVID-19, Lelaki Ini Sanggup Berjalan Kaki Selama 3 Hari Pulang Ke Kampung
Next Article kluster Kluster 'Overseas' Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh Kluster ‘Overseas’ Banyak Songeh, Doktor Ini Rindu Rawat Kluster Tabligh

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda
Cerita Borneo

Bukan Sekadar Gangguan, Pencemaran Bunyi Juga Didapati Tidak Baik Untuk Kesihatan Anda

20 Mei 2022
Buat Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Cerita Borneo

Kongsi Resipi Laksa Peanut Butter, Video Tiktok Lelaki UK Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

20 Mei 2022
Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik
Cerita Borneo

Perhiasan Yang Ternilai, Ketahui Bagaimana Pelbagai Kaum Di Sarawak Mula Memiliki Manik

20 Mei 2022
BeFunky collage 57 4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak
Cerita Borneo

4 Projek Taman Tema Air Yang Kini Hanya Tinggal Sebagai Kenangan Di Sarawak

20 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?