• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung Di Tengah Tasik Bakun

Oleh
Ismail NA
6 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Ingin Merasai Pengalaman Bermalam di Tengah Tasik Tanpa Gangguan? Inilah Tempatnya!

Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung Di Tengah Tasik Bakun. Jika selama ini anda mengimpikan untuk bermalam di suatu tempat yang tenang tanpa ada gangguan, rumah terapung ini mungkin salah satu tempat penginapan yang patut anda pertimbangkan. Belanum Bay Floating House yang terletak di tengah Tasik Bakun, Sarawak ini sering dijadikan sebagai tempat persinggahan ekopelancongan, terutamanya bagi para pemancing.

Kehidupan di rumah terapung di Tasik Bakun sangat berbeza daripada kehidupan bandar yang sibuk dan padat. Penduduk di sana biasanya bergantung kepada sumber daya alam untuk mata pencarian mereka seperti memancing dan ekopelancongan. Kehidupan harian mereka sering kali dipaut dengan alam semula jadi dan ritme air tasik.

Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung Di Tengah Tasik Bakun
Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung Di Tengah Tasik Bakun. Kredit : FB Belanum Bay Floating House

Dipanggil ‘Jelatong’, Asalnya Adalah Rumah Kedua Penduduk Setempat

Untuk pengetahuan anda, terdapat ratusan rumah terapung atau ‘jelatong’ yang terdapat di Tasik Bakun ini. Tujuan asal jelatong ini dibina oleh penduduk tempatan adalah untuk menyimpan hasil hutan atau sungai sebelum dibawa keluar untuk dijual pada hujung minggu. Selain itu, ia juga menjadi rumah kedua bagi penduduk setempat.

Namun demikian, menyedari rumah terapung ini berpotensi untuk menjadi produk eko pelancongan, muncul beberapa pengusaha jelatong yang menawarkan pakej penginapan termasuklah Belanum Bay Floating House.

Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung Di Tengah Tasik Bakun

Bekalan Elektrik 100% Guna Kuasa Solar? Betul-Betul Mesra Alam

Belanum Bay ini menyediakan penginapan 4 bilik tidur. Bilik tidur utamanya dilengkapi dengan bilik air sendiri. Rumah terapung ini dikatakan mampu menampung sehingga 10 orang pengunjung pada satu-satu masa. Untuk sampai ke sini, anda harus menaiki bot laju dari Jeti Tasik Bakun. Perjalanan hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit. Sesuailah untuk mereka yang nak pergi secara berkumpulan jika tidak yakin untuk pergi seorang.

Menariknya juga, sumber bekalan elektrik di sini seratus peratus memanfaatkan sumber tenaga solar serta kuasa generator. Bekalan air bersih pula dipam daripada hulu sungai. Dijamin bersih dan segar.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Di Sini?

Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung Di Tengah Tasik Bakun
Belanum Bay, Tarikan Rumah Terapung Di Tengah Tasik Bakun. Kredit : FB Belanum Bay Floating House

Setibanya di sini, anda boleh bersantai, menikmati pemandangan tasik yang menenangkan, berenang, trekking ke hulu sungai serta memancing ikan. Khabarnya, jelatong ini tidak jauh dari port air terjun yang memukau. Belanum Bay ini juga merupakan jelatong yang paling hampir dengan Empangan Bakun.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk belajar mengenai budaya dan gaya hidup komuniti yang tinggal di atas rumah terapung tersebut.

Sekali sekala, boleh lah bertukar angin melancong ke destinasi ekopelancongan seperti ini. Sambil-sambil itu, dapat merehatkan minda daripada hiruk pikuk bandar dan meredakan tekanan kerja. Betul tak?

Baca juga artikel berkaitan dengan tempat menarik di Borneo:

Keindahan Langit Malam Di Borneo, Ketahui 4 Tempat Menarik Untuk Anda Nikmati Stargazing
‘Hidden Paradise’ Di Tengah Tasik Bakun, Nikmati Alam Semulajadi Di Bayoh Lodge Belaga
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Therium, Sebuah Firma Amerika Dipercayai Dalang Membiayai Tuntutan Waris Sulu Terhadap Sabah Therium, Sebuah Firma Amerika Dipercayai Dalang Membiayai Tuntutan Waris Sulu Terhadap Sabah
Next Article Ini Senarai Vendor di Food Republik Di Stadium Negeri Sarawak Ini Senarai Vendor di Food Republik Di Stadium Negeri Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?