• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Belasah Kekasih Di Kedai Makan Pending, Seorang Lelaki Ditahan Polis

Oleh
Husna Hazmi
8 Oktober 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku gara-gara salah faham di antara pasangan tersebut.

Belasah Kekasih Di Kedai Makan Pending, Seorang Lelaki Ditahan Polis. Kepada para wanita di luar sana, diharapkan agar anda sentiasa berhati-hati dalam memilih pasangan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Dilaporkan bahawa, seorang lelaki telah ditahan kerana disyaki memukul teman wanitanya di sebuah restoran di Pending, Kuching, pada Rabu.

Belasah Kekasih Di Kedai Makan Pending, Seorang Lelaki Ditahan Polis
Belasah Kekasih Di Kedai Makan Pending, Seorang Lelaki Ditahan Polis

Seorang lelaki sedang membelasah seorang wanita

Kejadian tersebut telah dimuatnaik di Facebook pada 6 Oktober dan boleh dilihat melalui video rakaman berdurasi 20 saat itu bahawa seorang lelaki sedang membelasah seorang wanita. Rakaman dipercayai diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna di laman sosial Facebook.

“Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat dan seorang suspek lelaki dalam video tular tersebut telah dikenal pasti. 

“Suspek juga telah ditahan oleh pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah untuk siasatan lanjut,” ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.

Kejadian berlaku disebabkan salah faham

Di samping itu, Ahsmon juga telah menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati kejadian ini berlaku disebabkan salah faham antara pasangan kekasih tersebut yang berumur dalam lingkungan 30an.  Mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 323 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” kata beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berjuang Hampir 2 Dekad, Atlet Bina Badan Wanita Sabah Ini Pula Cipta Sejarah Raih 2 Pingat Emas
Next Article Selalu Dilihat Di Sekeliling Kita, Ini 5 Produk Yang Dicipta Oleh Orang Malaysia Selalu Dilihat Di Sekeliling Kita, Ini 5 Produk Yang Dicipta Oleh Orang Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?