• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berjuang Hampir 2 Dekad, Atlet Bina Badan Wanita Sabah Ini Pula Cipta Sejarah Raih 2 Pingat Emas

Oleh
Ismail NA
7 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Meilaura Dora Jimmy diangkat sebagai penerus legasi ikon bina badan wanita Malaysia, Lilian Tan.

Berjuang Hampir 2 Dekad, Atlet Bina Badan Wanita Sabah Ini Pula Cipta Sejarah Raih 2 Pingat Emas. Pasukan bina badan Malaysia yang kini beraksi di 12th WBPF Bodybuilding and Physique Sports Championship 2021, Tashkent, Republik Uzbekistan sekali lagi mengejutkan arena sukan tanah air apabila satu-satunya wakil wanita dalam acara bina badan, Meilaura Dora Jimmy berjaya merangkul 2 pingat emas.

Isi Isi Penting
  • Meilaura Dora Jimmy diangkat sebagai penerus legasi ikon bina badan wanita Malaysia, Lilian Tan.
  • Berjuang hampir 2 dekad untuk pingat emas pertamanya
  • Penerus legasi Lilian Tan
  • Sebelumnya, Buda dan Malvern telah pun meraih 3 pingat perak buat Malaysia. Baca selanjutnya di sini :
  • Nak bersenam untuk nampak tegap dan sihat? Kenali jenis badan anda dan bagaimana ia dapat mempengaruhi perubahan tersebut :

Atlet yang berasal dari Sabah ini sekaligus menambah koleksi pingat Malaysia apabila dua pingat perak sebelumnya dirangkul oleh atlet bina badan lelaki asal Sarawak, Buda Anchah dan Malvern Abdullah.

Meilaura berentap dalam acara bina badan wanita kategori bawah 55 kg dan berjaya menewaskan peserta wanita antarabangsa yang lain untuk menduduki tangga pertama sekaligus meraih pingat emas. Satu lagi pingat emas diperolehi oleh Meilaura setelah diisytiharkan sebagai pemenang untuk kategori keseluruhan.

Meilaura (tengah) bersama pingat emas yang dimenanginya. Sumber : Youtube UZFBF

Berjuang hampir 2 dekad untuk pingat emas pertamanya

Mengenang kembali pembabitannya dalam dunia sukan bina badan, beliau mengakui telah berjuang selama hampir dua dekad untuk sampai ke tahap ini. Meilaura mula bergiat aktif dalam sukan ini sejak tahun 2004. Pengorbanan yang dilakukan sepanjang kariernya sehingga kini dirasakan berbaloi dengan kemenangan pingat emas dalam kejuaraan ini.

Berkata kepada akhbar tempatan, beliau menyasarkan untuk membawa pulang pingat emas dalam setiap kategori yang disertainya. Untuk kejuaraan di Tashkent, Uzbekistan ini, Meilaura menyasarkan untuk merangkul sekurang-kurangnya satu pingat emas. Namun, keputusan yang diperolehnya kali ini telah menjangkau sasaran dan ianya adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan membanggakan dalam masa yang sama.

Sumber : Facebook

Dalam satu lagi acara iaitu Mixed Pair, Meilaura bergandingan bersama Buda Anchah dan berjaya meraih pingat perak untuk kategori tersebut. Pencapaian itu juga adalah sesuatu yang memberangsangkan memandangkan ini adalah kali pertama kem bina badan Malaysia menghantar wakil dalam kategori tersebut.

Sumber : FB Malaysia Body Building Federation – MBBF

Meilaura turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Persekutuan Bina Badan Malaysia, jurulatih Othman Yahya dan individu-individu lain yang secara langsung mahupun tidak langsung membantu persiapannya ke kejuaraan ini serta memberi sokongan padu.

Penerus legasi Lilian Tan

Dalam edisi tahun 2014, Meilaura berjaya meraih pingat gangsa sewaktu ikon bina badan wanita negara, Lilian Tan masih aktif dalam sukan ini. Lilian Tan merupakan atlet bina badan wanita Malaysia yang cukup disegani dan merupakan pemenang kejuaraan dunia sebanyak 4 kali. Ikon tersebut memenangi kejuaraan dunianya yang terakhir pada tahun 2018 sebelum bersara pada tahun yang sama.

Kini, legasi tersebut nampaknya bakal disambung oleh Meilaura Dora Jimmy.

Lilian Tan (kiri), juara dunia bina badan wanita 4 kali dan penerus legasinya, Meilaura Dora Jimmy (kanan). Kredit : Twitter/Facebook

Untuk pengetahuan anda, Meilaura juga merupakan satu-satunya wakil tunggal wanita negara yang menyertai kejuaraan tersebut di samping atlet bina badan lelaki seperti Buda Anchah, Malvern Abdullah, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan Ahmad Faiz Ariffin. Pasukan Malaysia menamatkan saingan di Uzbekistan dengan rekod cemerlang meraih 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Tahniah Meilaura dan pasukan Malaysia!

Sebelumnya, Buda dan Malvern telah pun meraih 3 pingat perak buat Malaysia. Baca selanjutnya di sini :

Nak bersenam untuk nampak tegap dan sihat? Kenali jenis badan anda dan bagaimana ia dapat mempengaruhi perubahan tersebut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Minat Siri Squid Game? Anda Boleh Beli Press On Nails Dari Salun Kuku Ini! Minat Siri Squid Game? Anda Boleh Beli Press On Nails Dari Salun Kuku Ini!
Next Article Belasah Kekasih Di Kedai Makan Pending, Seorang Lelaki Ditahan Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?