• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Belasah Pakcik Bantu Kemalangan Di Kuching, Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Atas Mendatangkan Kecederaan

Oleh
Nazihah AN
28 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Belasah Pakcik Bantu Kemalangan Di Kuching, Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Atas Mendatangkan Kecederaan

Mangsa tersebut telah menerima 8 jahitan dan ada pendarahan di kepalanya.

Belasah Pakcik Bantu Kemalangan Di Kuching, Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Atas Mendatangkan Kecederaan. Lelaki ini mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang lelaki yang membantu mangsa kemalangan maut di Jalan Astana baru-baru ini.

Mengikut pertuduhan, suspek didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa lelaki berusia 57 tahun dengan senjata yang boleh menyebabkan kematian, iaitu dengan menggunakan rotan.

Dipetik dari Utusan Borneo, tertuduh Arman Salleh, 42, didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Belasah Pakcik Bantu Kemalangan Di Kuching, Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Atas Mendatangkan Kecederaan
Belasah Pakcik Bantu Kemalangan Di Kuching, Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Atas Mendatangkan Kecederaan. Sumber gambar: Utusan Borneo

Belasah Pakcik Bantu Kemalangan Di Kuching, Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Atas Mendatangkan Kecederaan
[Mangsa] Sumber gambar: FB Pyan Gaox

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Astana, Petra Jaya, kira-kira jam 7 pagi, 20 April lalu. Difahamkan bahawa kejadian berlaku atas sebab salah faham terhadap lelaki yang cuba menolong mangsa kemalangan.

Walau bagaimanapun, Hakim Maris Agan membenarkan tertuduh diikat jamin dengan wang tunai RM4,000 dan seorang penjamin tempatan, dengan 30 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes.

Pendakwaan ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Chuan Yi sementara tertuduh diwakili peguam Grace Ling. 

Menurut laporan sebelumnya, seorang lelaki dibelasah oleh sekumpulan individu apabila disangka penyebab sebuah kemalangan yang mengorbankan nyawa seorang penunggang motosikal pada 20 April lalu..

Mangsa – yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja – hanya menjaga jalan dan tempat kemalangan yang melibatkan sebuah lori dengan sebuah motosikal itu sementara tiada orang berhenti untuk memberi bantuan.

Mangsa tersebut telah menerima 8 jahitan dan ada pendarahan di kepalanya.

Walau bagaimanapun, mangsa tersebut telah dibelasah orang awam yang bertindak mengikut emosi. Baca artikel di bawah untuk sepenuhnya:

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Setelah Kuching, Cawangan Kedua dan Ketiga Rotiboy Kini Sudah Dibuka di Sibu dan Miri!
Next Article Aksi Bahaya Ke Sekolah Naik Flying Fox Tong Minyak, Netizen Bimbang Keselamatan Pelajar Pedalaman Sabah Ini Aksi Bahaya Ke Sekolah Naik Flying Fox Tong Minyak, Netizen Bimbang Keselamatan Pelajar Pedalaman Sabah Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?