• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aksi Bahaya Ke Sekolah Naik Flying Fox Tong Minyak, Netizen Bimbang Keselamatan Pelajar Pedalaman Sabah Ini

Oleh
ILB - AI
28 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Aksi Bahaya Ke Sekolah Naik Flying Fox Tong Minyak, Netizen Bimbang Keselamatan Pelajar Pedalaman Sabah Ini

Sekumpulan pelajar dilihat ‘bergadai nyawa’ setiap hari semata-mata untuk pergi ke sekolah

Aksi Bahaya Ke Sekolah Naik ‘Flying Fox’ Tong Minyak, Netizen Bimbang Keselamatan Pelajar Pedalaman Sabah Ini. Baru-baru ini, tular beberapa video dalam Facebook yang menunjukkan tindakan berbahaya yang dilakukan oleh pelajar sekolah pedalaman di Sabah dan telah mencetuskan kebimbangan netizen.

Aksi Bahaya Ke Sekolah Naik Flying Fox Tong Minyak, Netizen Bimbang Keselamatan Pelajar Pedalaman Sabah Ini

“Ini tidak wajar. Ini KEPERLUAN ASAS. Ini BAHAYA,’ – Netizen

Berdasarkan video yang telah dikongsi oleh pengguna Facebook, Nina Othman, sekumpulan pelajar sekolah dilihat naik ‘flying fox’ buatan sendiri dan menyeberangi sungai menggunakan rakit uzur hanya untuk pergi ke sekolah.

Difahamkan, kanak-kanak ini merupakan pelajar sebuah sekolah pedalaman iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nangkawangan di Keningau, Sabah dan tindakan menggunakan rakit uzur serta sebuah tong minyak yang ditarik selepas jambatan dan jalan raya yang menghubungkan rumah mereka adalah rutin harian untuk pergi dan balik sekolah.

Kredit foto: FB Nina Othman
Kredit foto: FB Nina Othman

Selain tong minyak, mereka juga dilihat menggunakan flying fox buatan sendiri yang hanya diperbuat daripada tali dan kain untuk diduduki ketika menyeberangi sungai. Mereka juga dilihat diperhatikan oleh dua orang dewasa – seorang untuk membantu memegang tali dan seorang untuk menyambut mereka di seberang sungai.

Kredit foto: FB Nina Othman

Menurut laporan lain, ia difahamkan juga bahawa penduduk kampung tersebut pernah dihubungkan dengan sebuah jabatan gantung sebelum ini tetapi ia roboh sejak dua bulan lalu, dipercayai akibat dibawa arus sungai.

Oleh hal demikian, bukan sahaja pelajar sekolah terjejas malah penduduk kampung lain seperti guru dan ibu bapa terpaksa menempuh perjalanan ini yang bukan sahaja berbahaya tetapi boleh meragut nyawa.

Anda boleh lihat video-video tersebut di bawah:

Nampak seronok, tapi kalau dah tragedi menimpa, baru nak menyesal dan mula menunding jari.“Kalau miskin ja Sabah,…

Posted by Nina Othman on Wednesday, April 27, 2022

“Biar nampak realiti kehidupan di Sabah. Biar sedar,” – Netizen

Aksi yang terpaksa dilakukan oleh para pelajar berkenaan bukan sahaja mencetuskan kebimbangan netizen – yang menganggapkan tindakan berbahaya itu boleh merisikokan nyawa mereka – malah, mereka menyuarakan kemarahan mereka kerana kurangnya pengurusan keperluan asas kampung.

Antaranya adalah seperti berikut:

Kredit foto: FB Nina Othman
Kredit foto: FB Nina Othman
Kredit foto: FB Nina Othman
Kredit foto: FB Nina Othman

Dimanakah mereka yang sepatutnya menyediakan kemudahan asas untuk mereka? Difahamkan, mereka telah terpaksa melalui ini selama dua bulan. Semoga urusan penduduk kampung ini dipermudahkan dan diharapkan pihak yang bertanggungjawab tampil untuk melakukan sesuatu agar penduduk kampung, terutamanya kanak-kanak ini, tidak merisikokan nyawa.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Belasah Pakcik Bantu Kemalangan Di Kuching, Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Atas Mendatangkan Kecederaan Belasah Pakcik Bantu Kemalangan Di Kuching, Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Atas Mendatangkan Kecederaan
Next Article 2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia 2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?