• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terdesak Pentaskan Konsert, Radhi OAG Terpaksa Pinjam RM50K Daripada Ah Long

Oleh
ILB - AI
29 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Terdesak Pentaskan Konsert, Radhi OAG Terpaksa Pinjam RM50K Daripada Ah Long

Konsert OAG 30 Tahun Generasiku diadakan pada Disember lalu di Shah Alam

Terdesak Pentaskan Konsert, Radhi OAG Terpaksa Pinjam RM50K Daripada Ah Long. Kita sering mengaitkan selebriti dengan kekayaan tetapi malangnya, even public figures juga boleh terbeban akibat masa sukar.

Baru-baru ini, ia didedahkan Radhi dari kumpulan OAG terpaksa meminjam RM50,000 untuk membiayai konsert ulang tahun ke-30 mereka yang telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam Disember lalu.

Terdesak Pentaskan Konsert, Radhi OAG Terpaksa Pinjam RM50K Daripada Ah Long

Pentas masih belum siap berikutan masalah bajet

Menurut laporan, Radhi, atau nama sebenar Muhammad Radhi Razali, 46, mendedahkan keadaan menjadi genting apabila pada hari konsert berlangsung, pentas konsert terbabit masih belum siap berikutan masalah bajet.

Difahamkan, pada jam 3PM hari konsert itu berlangsung, pentas masih belum siap akibat kehabisan bajet dan mereka mengambil keputusan untuk meminjam daripada ah long.

Gambar sekadar hiasan.

Meskipun menyedari idea tersebut bukan idea yang baik, mereka memutuskan untuk proceed dengan idea terbabit. Pada hari itu juga, ah long datang dari Pulau Pinang dan bawa wang sebanyak RM50,000.

Pinjaman itu digunakan untuk membina set di pentas dan persiapan lain konsert, secara langsung menyelamatkan acara itu daripada dibatalkan.

Kredit: Syafiq Hazmy/YouTube

Terpaksa memberi tiket konsert secara percuma

Tambahnya lagi, tiket konsert yang dipentaskan bagi meraikan ulang tahun ke-30 OAG kebanyakkan terpaksa diberi percuma akibat masa terhad dan pelbagai masalah lain.

Katanya, ramai ingat tiket itu habis terjual tetapi disebaliknya, banyak yang diberi percuma.

Menurut Radhi lagi, mereka sikit lagi memutuskan untuk membatalkan konsert tersebut akibat kesuntukan masa, ditambah pula dengan beberapa masalah lain seperti kos penganjuran.

Tetapi mereka meneruskan acara itu demi peminat mereka.

Keputusan pemain dram untuk mengundurkan diri mungkin dipengaruhi proses mementaskan konsert

Pada awal tahun ini, pemain dram OAG, Qi Razali, memutuskan untuk meninggalkan kumpulan itu setelah berkhidmat sebagai pemain drum kumpulan terbabit selama 30 tahun.

Radhi menegaskan bahawa keputusan Qi Razali untuk meninggalkan kumpulan itu tidak dicetuskan oleh perbalahan antara mereka.

Qi Razali memutuskan untuk meninggalkan kumpulan OAG setelah 30 tahun bersama. Kredit: Twitter

Kami sama sekali tidak bergaduh dengan Qi. Malah, baru berjumpa beberapa hari lalu. Cuma, keputusan Qi untuk berundur mungkin dipengaruhi proses mementaskan konsert berkenaan,”

ujarnya lagi.

Berbalik kepada persiapan pentas konsert, Radhi menjelaskan beberapa faktor luaran yang banyak menyumbang kepada masalah yang mereka hadapi.

Bayangkan, promosi untuk konsert dibuat dua bulan sahaja ditambah pula dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika itu, jadi, tiket tidak terjual. Walaupun pada mulanya, Qi fikir konsert itu boleh berjaya, namun, akhirnya, tidak mencapai seperti apa yang dimahukan,”

katanya lagi.

Lagi di sini:

Bapa Dah Tak Jadi PM Lagi, Penyanyi Dafi Dakwa Semua ‘Kawan’ Dan Tawaran Kerja Hilang
Sanggup ‘Mandi Peluh’, Radhi OAG Bantu Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Dipuji Netizen
SUMBER :BERITA HARIAN
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Geli Hati Dengan Wang Palsu Ini Tapi Celah Mana Yang Palsu?
Next Article Beli Lemang Malah Dapat Ekstra 'Bahan', Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian Beli Lemang Malah Dapat Ekstra ‘Bahan’, Wanita Luah Rasa Kesal Terhadap Penjual Di Bazar Serian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?