I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Benarkah Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Berasal Daripada Sejenis Kek Di Indonesia?
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Benarkah Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Berasal Daripada Sejenis Kek Di Indonesia?

Nur Afifah 14 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Kongsi

Hmmm.

Benarkah Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Berasal Daripada Sejenis Kek Di Indonesia? Siapa yang tidak mengenali Kek Lapis Sarawak? Kek Lapis Sarawak merupakan ikon pelancongan Bumi Kenyalang dan ia sering kali menjadi hidangan istimewa untuk dijadikan sebagai buah tangan.

Kek Lapis Sarawak mula popular sekitar hujung tahun 90-an apabila seorang chef Sarawak, Rabiah Amit telah menerbitkan beberapa edisi resepi Kek Lapis Sarawak yang menghimpunkan puluhan resepi dan teknik pembuatan kek yang rumit seperti kek lapis gulung dan kek lapis dengan corak geometri.

Benarkah Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Berasal Daripada Sejenis Kek Di Indonesia?
Kredit : emiliaputri.blogspot.com

Sejak itu, Kek Lapis Sarawak menjadi hidangan komersial dan menjadi identiti Sarawak.

Walau pun begitu, sebuah portal di Indonesia telah menulis bahawa Kek Lapis Sarawak sebenarnya berasal daripada sebuah kek Indonesia yang bernama Kek Lapis Betawi.

Malah, Kek Lapis Sarawak juga didakwa adalah modifikasi daripada kek lapis Betawi kerana memasukkan elemen corak dan warna yang pelbagai sejak tahun 1970-an.

Kek Lapis Betawi merupakan kek lapis berempah yang berasal dari Jakarta, Indonesia.

Kek Lapis Betawi dianggap sebagai kek lapis tradisional kerana hanya menggunakan bahan asas pembuatan kuih dan tidak menggunakan ovelette. Manakala Kek Lapis Sarawak pula dianggap sebagai kek lapis moden kerana menggunakan ovellette serta mempunyai lebih banyak bahan.

Benarkah Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Berasal Daripada Sejenis Kek Di Indonesia?
Perbezaan antara Kek Lapis Betawi dan Kek Lapis Sarawak.
Kredit : sweet yummy taste & FB Razz Cakes

Ya, memang benar kedua-duanya adalah kek yang berlapis. Tetapi Kek Lapis Sarawak adalah sesuatu yang kelihatan sangat berbeza daripada Kek Lapis Betawi bukan?

Portal tersebut turut mengulas tentang proses pembuatan Kek Lapis Sarawak yang rumit dan memerlukan pengiraan matematik bagi memastikan setiap lapisan dan corak seimbang, kemas dan cantik. Malah, Kek Lapis Sarawak sememangnya terkenal dengan kepelbagaian bahan adunan yang membuatkan harganya sangat premium dan mahal.

Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Betawi
Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Kek Betawi

Susulan kenyataan tersebut, ruangan komen portal tersebut juga dibanjiri dengan komen dari warga Indonesia yang tidak hairan melihat Kek Lapis Sarawak.

Hal ini kerana kek lapis yang bercorak dan berwarna-warni boleh didapati di tempat tinggal mereka, cuma dengan nama yang berlainan. Antaranya seperti Lapis Pelangi, Lapis Tikar dan Lapis Tegit Geribik.

Sebuah Portal Di Indonesia Claim Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Asal Dari Kek Betawi

Di kedai kek Liem di Bandung sudah lama ada kek lapis seperti itu.

Chacha

Kek seperti ini sudah lama ada, cuma ia mempunyai nama yang berbeza di Indonesia seperti Lapis Tikar dan tidak berwarna-warni. Baru beberapa tahun kebelakangan ini dilapis menggunakan pelbagai warna dan disebut Lapis Pelangi. Adakah ia dahulunya berasal dari Malaysia?

Desi Anis

Kek lapis seperti ini memang banyak sejak dari dulu di Indonesia. Jika di daerah Lampung, ia dinamakan Lapis Tegit Lapis dan Lapis Tegit Geribik.

Chyntia Feruca

Tidak Boleh Sebarang Guna Nama Kek Lapis Sarawak

Untuk pengetahuan anda, Kek Lapis Sarawak telah didaftarkan di bawah perlindungan perlindungan geographical indication (GI) sejak tahun 2010.

Menurut Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), petunjuk geografi atau geographical indication merupakan tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan sesuatu kawasan.

Benarkah Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Berasal Daripada Sejenis Kek Di Indonesia?
Kredit : FB Razz Cakes

Oleh yang demikian, mana-mana kek lapis yang dihasilkan di luar Sarawak tidak disebut sebagai Kek Lapis Sarawak tetapi sebaliknya hanya boleh dinamakan sebagai kek lapis ala Sarawak (Sarawak style/gaya Sarawak).

Kek Lapis Sarawak Makin ‘Advanced’, Pembuatan Guna Bahan Premium

Apatah lagi sekarang industri Kek Lapis Sarawak semakin eksklusif apabila pembuatannya mula menggunakan bahan yang premium seperti keju, serbuk Horlick, Nestum dan mentega asli.

Bukan itu sahaja, dekorasi atas Kek Lapis Sarawak pun mula menjadi trend serta pilihan warna juga diadun sendiri untuk menghasilkan warna pastel. Bukan main-main ya nak buat Kek Lapis Sarawak. Padan lah dengan harganya yang semakin melonjak.

Benarkah Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Berasal Daripada Sejenis Kek Di Indonesia?
Kredit : FB Razz Cakes

Barang kali, ada benarnya juga Kek Lapis Sarawak ini adalah sebuah modifikasi oleh para pembuat kek di Sarawak daripada resepi lama. Namun, adakah ia adalah modifikasi daripada kek Betawi Indonesia? Wallahualam. Boleh jadi juga Kek Lapis Sarawak ini adalah ilham asli daripada Rabiah Amit berdasarkan teknik geniusnya.

Apa-apa pun, persamaan hidangan dan budaya tidak dapat disangkal kerana kita berasal dari rumpun yang sama. Budaya ini berevolusi dari semasa ke semasa mengikut persekitaran. Apabila ia diubah suai, maka ia menjadilah suatu budaya yang baharu. Betul tak?

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Adakah ia nya berasas atau sekadar perkongsian pendapat dari rakan kita dari seberang? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Kek Lapis Sarawak sekarang dah ‘mendonia’ tau! Tak percaya, cuba baca artikel berikut :

Nur Afifah 14 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantoi Keluar Dengan GF Adik, Lelaki Serang Adik Sendiri Dipenjara 3 Bulan Kantoi Keluar Dengan GF Adik, Lelaki Serang Adik Sendiri Dipenjara 3 Bulan
Next Article Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Negara Kanada

9 Ogos 2022
Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan
Cerita Borneo

Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan

9 Ogos 2022
Kantoi Menyorok 85 Paket Minyak Masak 1KG, Sebuah Kedai Runcit Di Lubok Antu Disiasat
Cerita Borneo

Kantoi Menyorok 85 Paket Minyak Masak 1KG, Sebuah Kedai Runcit Di Lubok Antu Disiasat

9 Ogos 2022
Dituduh Rogol Anak Murid Di Bintulu, Suspek Kini Hilangkan Diri
Cerita Borneo

Dituduh Rogol Anak Murid Di Bintulu, Suspek Kini Menghilangkan Diri

9 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?