I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed

Last updated: 14/07/22 7:54 PM
Nur Afifah
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Pasti anda tidak akan menyesal bila sampai ke gua ini!

Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed. Sarawak sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang begitu mempesonakan. Apatah lagi hutan hujan semulajadi dan struktur gua batu kapur yang sering menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsikan kepada anda tentang panduan lengkap bagaimana anda boleh menawan Gua Silabur yang terletak di Serian, Sarawak ini. Jom!

Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed
Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed

Barang kelengkapan yang mesti anda bawa ke Gua Silabur

Sebelum anda bertolak ke Gua Silabur ini, antara kelengkapan yang perlu anda sediakan adalah seperti;

  • Lampu kepala/lampu suluh
  • Kasut getah
  • Sarung tangan
  • Makanan dan minuman
  • Pensanitasi tangan
  • Tisu basah
  • Air kosong

Perjalanan ke Gua Silabur dari Kuching

Perjalanan dari Bandaraya Kuching menuju ke Gua Silabur ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebaik sahaja anda tiba di pusat berkumpul di Kampung Lobang Batu, Serian, anda akan berjumpa dengan pemandu arah yang telah anda hubungi.

Setelah itu, anda akan diberi penerangan tentang laluan yang bakal anda harungi ke Gua Silabur selain faktor keselamatan yang perlu anda titik beratkan seperti tidak membuang sampah merata-rata serta menjaga adab serta kelakuan.

Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed

Setelah itu, anda akan mengharungi perjalanan selama lebih kurang 20 ke 30 minit jalan kaki menelusuri kebun sawit dan kawasan datar hutan sebelum tiba di kaki Gua Silabur. Di sini juga, anda akan menemui papan tanda ‘Selamat Datang ke Gua Silabur’.

Curam berbatu 45 darjah yang licin, jadi hati-hati!

Anda juga boleh bergambar dengan banir kayu ikonik yang berbentuk nombor 8. Memang fotogenik ya tempat ni.

Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed

Walau bagaimanapun, jangan gembira dulu. Ini bukan petanda anda telah tiba ke gua. Tetapi sebaliknya anda akan mendaki curam berbatu yang licin dengan darjah kecondongan kira 45 darjah. Kat sini memang betul-betul menguji stamina yer.

Dalam 15 minit kemudian, barulah anda tiba ke pintu Gua Silabur.

Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed

Keindahan Gua Silabur ibarat ‘magis‘

Keindahan dalam gua ini memang tak terkata. Dengan pancaran matahari yang mengenai dinding gua, memang benar ianya menyerlahkan warna kehijauan seperti warna batu jed. Malah, bagi mereka yang sukakan aktiviti fotografi, inilah masanya untuk anda menguji skil fotografi anda.

Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed
Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed
Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed
Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed
Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed
Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed

Terdapat dua bahagian gua yang memerlukan anda mendaki (sekali lagi) kerana kedua-duanya disambungkan menerusi batuan besar dan dipenuhi dengan najis kelawar. Oleh sebab itulah, kami tekankan anda untuk memakai kasut yang sesuai dan sarung tangan.

Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed
Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed

Singgah ke Gua Siturib Jungbinawa semasa dalam perjalanan pulang

Perjalanan pulang tidak kurang juga mencabarnya. Anda juga perlu melalui jalan curam berbatu dengan bantuan tali di sepanjang perjalanan. Perjalanan turun mengambil masa selama 40 minit sehingga anda tiba ke sebuah astaka dekat Gua Siturib Jungbinawa.

Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed

Gua kecil ini juga menyimpan khazanah seperti sarang burung. Untuk masuk ke dalam ini, anda perlu berjalan dalam aliran air yang cetek mencecah paras lutut. Di astaka ini, anda boleh berkhemah dan menganjurkan aktiviti bermalam dengan bantuan pemandu arah.

Ini Panduan Lengkap Ke Gua Silabur, Gua Yang Bersinar Kehijauan Seperti Batu Jed

Perjalanan pulang pula mengambil masa lebih kurang sejam atau 1 jam 30 minit, bergantung kelajuan anda. Bagi mereka yang gemarkan cabaran mendaki di kawasan berbatu curam, Gua Silabur ini boleh dijadikan destinasi permulaan untuk anda membiasakan diri, di samping menikmati anugerah alam yang indah ini.

Untuk ke Gua Silabur ini, anda boleh menghubungi pemandu arah, Encik Lazarus di talian +6017 754 2879

Ini pula sejarah Gua Silabur sepertimana yang diceritakan oleh pemandu arah semasa dalam perjalanan ke sini:

Nur Afifah 14 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Benarkah Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Berasal Daripada Sejenis Kek Di Indonesia?
Next Article Balai Bomba Gunung Kinabalu Bakal Jadi Balai Bomba Tertinggi Di Dunia

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Tempat Menarik

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah All-in-1 Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak

7 Ogos 2022
Tempat Menarik

Tanjung Simpang Mengayau Kudat, Tarikan Menarik Di Hujung Tanduk Sabah

7 Ogos 2022
Berikut Adalah 6 Tempat Berkelah Best Di Kuching
Tempat Menarik

6 Tempat Berkelah Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai

7 Ogos 2022
Tempat Menarik

Nikmati Percutian Santai Di Kokol Farmstay, Destinasi Terbaik Untuk Lihat Sunset Gunung Kinabalu

5 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?