• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Benarkan Konsert Antarabangsa, Ketua Wiramuda Sabah Sarankan Contohi Sarawak

Oleh
Farisha
2 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Ikut jejak Sarawak, Ketua Wiramuda cadang penjenamaan semula Kementerian Pelancongan Sabah

Benarkan Konsert Antarabangsa, Ketua Wiramuda Sabah Sarankan Contohi Sarawak. Ketua Wiramuda StarSabah Tamparuli, Jess Joel Moriga, baru-baru ini mencadangkan agar nama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah ditukar kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sabah.

Menurut laporan media tempatan, inspirasi perubahan ini berdasarkan langkah seperti di Sarawak pada 2021 yang membolehkan negeri itu meningkatkan kedudukannya dalam pelancongan dan industri kreatif.

Benarkan Konsert Antarabangsa, Ketua Wiramuda Sabah Sarankan Contohi Sarawak
Benarkan Konsert Antarabangsa, Ketua Wiramuda Sabah Sarankan Contohi Sarawak. Sumber foto: Instagram rasmi Borneo Sonic

Beliau berkata pada 2021, Sarawak menukar nama dan fungsi Kementeriannya untuk memberi tumpuan kepada pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan.

Apa yang Sarawak Dah Capai?

Menurut Jess Joel, sejak Sarawak buat perubahan ini, negeri tersebut berjaya meningkatkan kedudukan dalam sektor pelancongan dan industri kreatif.

Paling menarik, Sarawak sekarang boleh anjurkan konsert bertaraf antarabangsa tanpa perlu tunggu “lampu hijau” daripada Kerajaan Persekutuan. Siapa yang tak teruja bila dapat lebih banyak kebebasan macam ni, kan?

Bagaimana Sabah Boleh Untung?

Kalau Sabah ikut jejak Sarawak, ini akan membuka peluang besar untuk negeri ini:

  • Menarik pelancong dengan program kreatif dan persembahan seni.
  • Memajukan bakat tempatan dalam industri seni dan kreatif.
  • Mengurangkan birokrasi untuk acara besar, sekaligus mempercepatkan proses.

Bila difikirkan, Sabah pun ada banyak tarikan yang tak kurang hebatnya – dari budaya unik sampai ke alam semula jadi yang luar biasa. Jadi, langkah ni mungkin boleh jadi pendorong besar untuk mengangkat nama Sabah ke peringkat antarabangsa.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai konsert antarabangsa yang dianjurkan di Sarawak:

Persembahan Taeyang Dan Suho Buat Penonton Tak Senang Duduk Di Borneo Sonic Music Festival
Setaraf K-pop Idol Dan Ada Vibes ‘Coachella’, Netizen Puji Persembahan Dolla Di Borneo Sonic
SUMBER :Daily Express
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bakal Jadi ‘Bateri Asia’ Dengan Tenaga Lestari Menjelang 2035
Next Article Sarawak Perkenal Peperiksaan Penilaian Baharu Untuk Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?