• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Bakal Jadi ‘Bateri Asia’ Dengan Tenaga Lestari Menjelang 2035

Oleh
Husna Hazmi
1 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Semua hab tenaga dijangka bakal siap sepenuhnya menjelang 2035

Sarawak Bakal Jadi ‘Bateri Asia’ Dengan Tenaga Lestari Menjelang 2035. Sarawak kini sedang mempersiapkan diri untuk menjadi the next big thing dalam tenaga hijau! Dilaporkan, dengan semua hab tenaga dijangka siap sepenuhnya menjelang 2035, Sarawak bakal memperoleh gelaran ‘Bateri Asia’, mampu menghasilkan sehingga 1,500MW tenaga bersih.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, menjelaskan bahawa Sarawak sedang membangunkan Loji Tenaga Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) di Miri dan Kuching, masing-masing dengan kapasiti 500MW. Namun, yang lebih menarik, sebuah loji berskala besar sedang dirancang di Bintulu yang akan dibina dalam tiga fasa. Setiap fasa mampu menjana 500MW tenaga, menjadikan jumlah keseluruhan 1,500MW.

Inilah sebabnya Sarawak akan menjadi ‘Bateri Asia’. Kalau kita tiada, padamlah mereka!” katanya berseloroh semasa sidang media.

Sarawak Bakal Jadi ‘Bateri Asia’ Dengan Tenaga Lestari Menjelang 2035. Gambar sekadar hiasan

Bekalan tenaga hijau untuk Asia

Sarawak bukan sekadar menghasilkan tenaga, tetapi juga akan membantu negara-negara Asia lain dengan membekal dan mengeksport tenaga elektrik yang bersih. Selain menjana pendapatan untuk negeri, teknologi yang digunakan juga sangat moden dan mesra alam.

Tenaga kita ini lestari. Tiada karbon yang dikeluarkan, malah kita menggunakan gabungan hidrogen dengan wap. Dengan teknologi ini, pengeluaran hidrogen kita boleh mencecah sehingga 70%,” tambah beliau.

Sarawak menggunakan teknologi terkini yang dibangunkan oleh Mitsubishi, Jepun, menjadikannya negeri pertama di Asia Tenggara menggunakan gabungan kitaran CCGT. Negara-negara jiran seperti Indonesia, Laos, Thailand, dan Semenanjung Malaysia masih belum menggunakan teknologi ini.

Bekalan elektrik kita ini sangat rendah jejak karbon. Jadi, Sarawak akan dikenali sebagai pengeluar tenaga lestari,” katanya lagi.

Sumber Gambar: Utusan Borneo

Lawatan ke projek gas komuniti

Sebelum sidang media, Abang Johari meluangkan masa meninjau projek infrastruktur gas komuniti yang dikendalikan oleh PETROS di kawasan perumahan Quadruplex Taman Ceria (QTC) di Permyjaya, Miri.

Sidang media tersebut turut dihadiri Timbalan Premier Datuk Amar Prof Sim Hui Kian, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, serta Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo bersama menteri-menteri kabinet negeri.

Dengan perancangan dan visi jangka panjang ini, Sarawak bukan saja mencipta peluang untuk menjana pendapatan tetapi juga membantu rantau ini beralih ke tenaga hijau dan lestari. Ini betul-betul game-changer!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Sarawak Sasar Enam Destinasi Penerbangan Antarabangsa Selepas Ambil Alih MASWings
Sarawak Bakal Nikmati Pemasangan Paip Gas Percuma Jika Dana PETROS Mencukupi
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Sarawak Ungguli Dunia, Terima Anugerah Berprestij Cambridge 2024
Next Article Benarkan Konsert Antarabangsa, Ketua Wiramuda Sabah Sarankan Contohi Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?