• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Bencana Buatan Manusia’, Penduduk Kampung Tunku Kuching Merana Rumah Retak Akibat Projek Pembentungan

Oleh
Husna Hazmi
16 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Ratusan penduduk di kampung tunku kini hidup di dalam rumah yang tidak selamat.

‘Bencana Buatan Manusia’, Penduduk Kampung Tunku Kuching Merana Rumah Retak Akibat Projek Pembentungan. Baru-baru ini, terdapat sebuah akaun di Facebook yang meluahkan kekecewaan terhadap sebuah projek pembentungan yang sudah dijalankan sejak 2017 di Kampung Tunku, Kuching.

Isi Isi Penting
  • Ratusan penduduk di kampung tunku kini hidup di dalam rumah yang tidak selamat.
  • Ratusan struktur rumah penduduk di perkampungan tersebut retak
  • Pembaikan yang dibuat itu rosak kembali tidak lama kemudian
  • Kes ini telah masuk di pelbagai platform media
'Bencana Buatan Manusia', Penduduk Kampung Tunku Kuching Merana Rumah Retak Akibat Projek Pembentungan
‘Bencana Buatan Manusia’, Penduduk Kampung Tunku Kuching Merana Rumah Retak Akibat Projek Pembentungan. Kredit gambar: Asari Bujang

Ratusan struktur rumah penduduk di perkampungan tersebut retak

Projek Pengurusan Air Sisa Bersepadu Kuching (Pakej 2) yang sudah dijalankan 5 tahun itu telah mengakibatkan ratusan struktur rumah penduduk di perumahan tersebut retak dan rosak disebabkan tanah mendap selepas kerja-kerja penggerudian saliran pembentungan. Pengguna facebook tersebut juga menjelaskan bahawa projek itu telah menyebabkan water table di kawasan mereka terturun, mengakibatkan tanah menjadi mendap dan hampir semua kawasan tanah di situ tenggelam.

Penurunan water table ini boleh menjejaskan sub structure rumah mereka. Hal ini kerana rumah-rumah di kawasan itu memiliki piling yang diperbuat dari batang pokok bako. Batang pokok bako ini akan reput jika di dalam keadaan yang kering oleh itu, ianya mesti di dalam keadaan yang lembab atau basah.

'Bencana Buatan Manusia', Penduduk Kampung Tunku Kuching Merana Rumah Retak Akibat Projek Pembentungan
Berikut adalah gambar rumah ibu mangsa akibat projek tersebut. Kredit gambar: Asari Bujang

Pembaikan yang dibuat itu rosak kembali tidak lama kemudian

Dikatakan bahawa syarikat pembinaan (Kontraktor) ada membaiki kerosakan rumah yang dihadapi penduduk. Namun begitu, pembaikan yang dibuat itu rosak kembali tidak lama kemudian. Apa yang lebih menyedihkan adalah ada yang rumah di mana dinding dapur mereka roboh pada jam 3 pagi kemudiannya terpaksa membaikinya menggunakan wang dan tenaga sendiri.

Menurut pengadu tersebut, aduan selepas aduan telah dilontarkan oleh penduduk mengenai masalah yang tidak berpenghujung itu. Apa yang penduduk mahukan adalah keadilan dan juga pihak yang terlibat untuk bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku ini. Mesyuarat lepas mesyuarat dibuat dari tahun 2017 sehingga tahun 2021 dan Pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) pula telah membuat kajian mengesahkan kerosakkan rumah-rumah di kawasan perkampungan tersebut sememangnya angkara projek berkenaan.

Kes ini telah masuk di pelbagai platform media

Walaupun kes ini telah masuk di pelbagai platform media dan juga telah dipantau sendiri oleh pihak atasan, namun sehingga kini masih lagi penduduk menderita mengenang nasib keluarga dan sanak saudara mereka yang terpaksa tinggal di dalam kediaman yang tidak selamat.

Diharapkan agar pihak berkenaan boleh membantu mereka yang terjejas ini agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan
Next Article Suspek Yang Ditembak Mati Di Jalan Simpang Tiga Bersenjata, Didapati Ada 14 Rekod Jenayah Lampau Suspek Yang Ditembak Mati Di Jalan Simpang Tiga Bersenjata, Didapati Ada 14 Rekod Jenayah Lampau

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?