I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan

Oleh Nazihah Ahmad Napis
Dikirim pada 16/12/21 4:18 PM
Kongsi
3 Min Bacaan
Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan
Kongsi

Berita baik buat warga Sri Aman!

Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan. Hospital Baharu Sri Aman dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) dijangka bakal beroperasi sepenuhnya pada April 2022.

Dipetik dari Utusan Borneo, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dengan beroperasinya Hospital Baharu Sri Aman, kapasiti kesihatan awam khususnya di Sri Aman dan kawasan sekitarnya dapat diperkukuh dan dipertingkatkan.

Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan
Sumber gambar: Twitter Fadillah Yusof

Hospital yang dinanti-nanti oleh ramai, tidak perlu ke HUS lagi

Tambah beliau, selepas hospital tersebut beroperasi, ia akan menaik taraf sebahagian besar fungsi perkhidmatan Hospital lama Sri Aman dan berfungsi sebagai hub utama kemudahan perubatan di bahagian Sri Aman.

Tambah beliau lagi, dengan adanya Hospital Sri Aman yang baharu, penduduk dari bahagian Sri Aman dan sekitarnya tidak perlu lagi ke Kuching untuk mendapatkan rawatan pakar di Hospital Umum Sarawak (HUS) kecuali dalam keadaan tertentu.

Hospital lama Sri Aman sudah beroperasi sejak 1964, maka hospital baharu ini bakal menggantikan sebahagian besar perkhidmatan yang disediakan oleh hospital lama apabila beroperasi nanti.

Telah dinyatakan bahawa hospital baharu ini mempunyai 108 katil selaras dengan sarasan kerajaan mencapai nisbah 2.06 katil bagi setiap 1,000 penduduk menjelang tahun 2025, jelas beliau.

Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan
Sumber gambar: Twitter @Datukhensem
Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan
Sumber gambar: Twitter @Datukhensem
Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan
Sumber gambar: Twitter @Datukhensem
Hub Utama Kemudahan Perubatan, Hospital Baharu Sri Aman Beroperasi Sepenuhnya Tahun Hadapan
Sumber gambar: Twitter @Datukhensem

Hospital Baharu Sri Aman juga dilengkapi pelbagai kemudahan

Menteri Kesihatan itu juga turut berkata bahawa projek hospital baharu Sri Aman itu juga menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menambah baik dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan perubatan rakyat khususnya penduduk tempatan di Sri Aman.

Hospital Baharu Sri Aman juga dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya perubahan am, pembedahan am, ortopedik, pediatrik, tiga dewan bedah (satu bilik simpanan), enam bilik bersalin, unit pengimejan dilengkapi imbasan CT dan ICU bakal disediakan oleh Hospital Baharu Sri Aman.

“Penjawatan asal (hospital lama Sri Aman) ialah seramai 405 terdiri daripada pelbagai skim dan perkhidmatan tetapi dengan adanya hospital baharu ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan tambahan sebanyak 548 penjawatan untuk memberi perkhidmatan terbaik di sini,” 

Pada masa sama, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fasa pertama projek Hospital Baharu Sri Aman melibatkan kerja tanah yang amat mencabar berikutan permukaan tapak yang tidak rata.

Tambah beliau, keadaan ini menyebabkan kontraktor yang dilantik terpaksa menunggu dua tahun selepas kerja tanah siap bagi memastikan tapak pembinaan stabil sepenuhnya sebelum pembinaan fasa kedua dan bekalan kemudahan dimulakan.

“Dengan kos hampir RM187 juta, hospital ini menempatkan 108 katil dan pelbagai kemudahan perubatan untuk penduduk Sri Aman khasnya serta kawasan sekitarnya,” jelas beliau.

Lagi di sini:

Nazihah Ahmad Napis 16 Disember 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menumbuk Anak Saudaranya Yang Berusia 19 Tahun, Seorang Lelaki Dari Kuching Dipenjara 12 Bulan Menumbuk Anak Saudaranya Yang Berusia 19 Tahun, Seorang Lelaki Dari Kuching Dipenjara 12 Bulan
Next Article ‘Bencana Buatan Manusia’, Penduduk Kampung Tunku Kuching Merana Rumah Retak Akibat Projek Pembentungan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

"Apa Guna Letak Hon Kalau Tak Berani Pakai?" Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri
Cerita Borneo

‘Apa Guna Hon Kalau Tak Berani Pakai?’ Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri

29 Jun 2022
6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang
Cerita Borneo

Ketahui 6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang

29 Jun 2022
Cerita Borneo

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching

29 Jun 2022
Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen
Cerita Borneo

Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen

29 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?