• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berang Berita Palsu Tersebar, Wanita Berkait Kluster Green Hill Ini Luah Kekecewaan

Oleh
Ismail NA
31 Oktober 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Kluster Green Hill ini didakwa mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.

Berang Berita Palsu Tersebar, Wanita Berkait Kluster Green Hill Ini Luah Kekecewaan. Kebelakangan ini, jumlah angka jangkitan COVID-19 semakin menunjukkan trend peningkatan yang ketara. Bukan itu sahaja, kluster-kluster baharu telah muncul dengan begitu cepat di dalam daerah Kuching sahaja. Sehingga artikel ini ditulis, Kuching telah bertukar menjadi zon merah di negeri Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Kluster Green Hill ini didakwa mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.
  • Kes indeks tidak mengalami gejala semasa menghadiri parti tertutup di rumahnya
  • Penyebaran berita palsu jejas emosi keluarga dan rakannya
  • Baca juga kisah insan berhati mulia tatkala negara dilanda gelombang kedua pandemik :

Walau bagaimanapun, seorang sosialit wanita yang berasal dari Sarawak telah memuatnaik sebuah kenyataan berkenaan situasi sebenar berkaitan Kluster Green Hill yang tular baru-baru ini.

Sereni Linggi, dalam kenyataan tersebut menafikan sekeras-kerasnya kes indeks yang dikesan di dalam kluster tersebut berpunca daripada parti tertutup yang dianjurkan ahli keluarganya. Namun sebaliknya menjelaskan bahawa kes indeks tersebut adalah berpunca daripada sebuah bar yang berada di kawasan Greenhill.

Berang Berita Palsu Tersebar, Wanita Berkait Kluster Green Hill Ini Luah Kekecewaan
Sereni Linggi.
Kredit foto : Harpers Bazaar Malaysia

Kes indeks tidak mengalami gejala semasa menghadiri parti tertutup di rumahnya

Sereni turut menjelaskan bahawa individu merupakan kes indeks tidak mengalami tanda-tanda dan gejala semasa menghadiri parti tertutup tersebut. Malah, parti tersebut juga dimaklumkan hanya dihadiri kurang daripada 20 orang individu dewasa dan 16 orang kanak-kanak termasuk anaknya, anak buah dan sepupunya yang tinggal di rumah yang sama.

Walau bagaimanapun, kes indeks mula berasa kurang sihat 2 hari kemudian dan menjalani pemeriksaan di Borneo Medical Centre (BMC) sehingga disahkan positif pada hari yang sama. Sejurus selepas itu, keluarga Sereni telah diberitahu tentang perkara tersebut. Mengambil berat tentang berita tersebut, keluarga Sereni telah memaklumkan kepada semua tetamu yang pernah hadir untuk turut menjalani pemeriksaan. Pihak pengurusan sekolah anak-anak mereka juga turut dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Malang tidak berbau, 2 orang lagi dikesan positif setelah menjalani pemeriksaan dan ujian saringan.

Berang Berita Palsu Tersebar, Wanita Berkait Kluster Green Hill Ini Luah Kekecewaan
Berang Berita Palsu Tersebar, Wanita Berkait Kluster Green Hill Ini Luah Kekecewaan. Kawasan Green Hill di Bandaraya Kuching.

Penyebaran berita palsu jejas emosi keluarga dan rakannya

Namun demikian, perkara yang paling mengecewakan Sereni menerusi kenyataannya adalah penyebaran berita palsu di pelbagai platform dalam kalangan warga Kuching sehingga ia nya tersebar ke seluruh Sarawak dan Kuala Lumpur. Hal ini dikatakan telah menjejaskan emosi dan kesihatan mental ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Sereni dalam surat terbukanya turut menyatakan bahawa parti tertutup yang diadakannya minggu lalu bukanlah satu-satunya majlis keramaian yang dibuat dan dihadiri oleh ramai orang. Malah, jumlah tersebut tidak menyamai jumlah majlis keramaian besar seperti kenduri perkahwinan, dan majlis-majlis lain yang melebihi 100 orang tetamu dalam ruang yang sempit.

Pada akhir surat tersebut, Sereni turut menggesa agar orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu yang kini sedang berleluasa. Sekiranya orang ramai ingin mengetahui cerita sebenar, beliau turut menghargai sekiranya orang ramai menghubunginya secara terus.

Berang Berita Palsu Tersebar, Wanita Berkait Kluster Green Hill Ini Luah Kekecewaan
Berita palsu yang tersebar di Whatsaap berkenaan Kluster Green Hill.

Dalam kenyataan Dr Sim Kui Hian, kluster Green Hill ini mempunyai kadar jangkitan yang sangat tinggi dan berupaya merebak dengan lebih cepat. Berdasarkan ujian makmal, jumlah virus yang ditemui dalam pesakit kluster Green Hill adalah tinggi. Oleh yang demikian, ia lebih mudah berjangkit. Malah, individu yang didapati positif daripada kluster tersebut telah menunjukkan gejala pada hari ketiga jangkitan

Kenyataan penuh Sereni Linggi boleh anda baca di sini.

Berang Berita Palsu Tersebar, Wanita Berkait Kluster Green Hill Ini Luah Kekecewaan
Berang Berita Palsu Tersebar, Wanita Berkait Kluster Green Hill Ini Luah Kekecewaan

Baca juga kisah insan berhati mulia tatkala negara dilanda gelombang kedua pandemik :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terkini Menurut Kenyataan Media Jabatan Bencana Negeri Sarawak: Sarawak Catat 16 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini
Next Article Tahukah Anda Air Minuman Teh C Special Buat Pertama Kalinya Boleh Didapati Di Dalam Tin

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?