Yih Chun membuka syarikat Nerdook Production secara solo tau!
Berani Buka Syarikat Game Secara Solo, Anak Sarawak Ini Berjaya Tembus Pasaran Antarabangsa. Kalau tanya sahaja pada sesiapa, pernah tak main video game? Jawapannya mestilah pernah kan! Tetapi tahukah anda dalam pembikinan sebuah permainan video yang baik itu memerlukan seseorang yang berdedikasi dan mempunyai minat tinggi dalam kemahiran tersebut.
Berjaya menghasilkan permainan video secara solo sehingga masuk pasaran antarabangsa
Industri permainan video pada zaman ini semakin berkembang dan telah menjadi salah satu industri terbesar di dunia. Namun, industri permainan video negara kita masih lagi kurang berbanding negara-negara lain di luar sana.
Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda kisah seorang jejaka berasal dari Kuching, Sarawak yang berjaya menghasilkan permainan video secara solo sehingga masuk pasaran antarabangsa amatlah membanggakan!
Dipetik daripada Iluminasi, Sim Yih Chun memiliki Ijazah dalam Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik dari Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Pelikkan, ada kaitan ke ijazah kejuruteraan elektrik dengan pembikinan permaina video? Jawapannya adalah tiada kaitan langsung! Namun jika anda ada minat yang tinggi dalam apa-apa sahaja perkara, tiadaapa pun mustahil.
Sim Yih Chun pernah bekerja selama 5 tahun sebagai jurutera di PETRONAS Fertilizer Kedah (PFK) dan PETRONAS Sarawak (SKO) di Miri. Mesti anda semakin hairan kan, bagaimana seseorang yang sudah mempunyai kerjaya baik dengan gaji lumayan boleh terfikir nak buat syarikat video game secara solo.
Mula meminati teori-teori pembikinan permainan video sejak zaman remaja lagi
Sim Yih Chun sebenarnya mula meminati teori-teori pembikinan permainan video sejak zaman remaja lagi. Pada waktu sekolah menengah, sebelum Yih Chun menceburi dunia programming, dia banyak meluangkan masa melukis watak kartun pada kertas dan memotongnya untuk dijadikan bahan mainan dalam board game dengan peraturan yang dicipta sendiri (biasanya dimain dengan kad atau dadu).
Selepas diperkenalkan kepada programming di peringkat universiti, Yih Chun mula melukis dalam komputer dan belajar membuat game sendiri. Pengalaman Yih Chun sepanjang bekerja di PETRONAS sebenarnya amat positif tetapi, dia sering berjauhan dengan keluarga yang tersayang di kampung halamannya.
Yih Chun mendapat keberanian untuk berhenti kerja dan membuka syarikat sendiri selepas isterinya dapat berpindah balik ke Kuching, Sarawak untuk bekerja. Ini kerana apabila salah seorang daripada mereka mempunyai pendapatan tetap, risiko untuk menubuhkan syarikat permainan video dapat dikurangkan sekiranya usahanya gagal. Namun, berkat usaha Yih Chun, syarikatnya masih lagi bertahan sehingga ke hari ini.
Boleh ke cari pendapatan kalau buat game secara solo di Malaysia?
Menurut Yih Chun, memang boleh kalau nak cari pendapatan dengan buat game. Anggap sahaja perkara ini sama seperti perniagaan lain di mana ianya dapat menjana keuntungan yang mampu menyara kehidupan.
Sumber daripada Utusan Malaysia, potensi industri ini juga sememangnya sangat besar. Menurut SuperData, hasil pendapatan industri permainan video pada tahun 2020 sahaja sudah mencecah AS$139.9 bilion.
Untuk pengetahuan anda, Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Reed Hastings pernah memberitahu pemegang saham syarikat Netlix tidak menganggap syarikat lain dalam kategori sama iaitu HBO, Disney+ atau Amazon sebagai pesaing mereka tetapi berpendapat bahawa pesaing terbesar mereka adalah permainan video paling popular ketika, Fortnite.
Kini, banyak syarikat teknologi besar dunia termasuk Apple, Google dan Amazon juga telah mula mencipta produk permainan video masing-masing dan menurut pakar pula, menjelang tahun yang akan datang industri ini menjangkakan mampu berkembang sehingga AS$200 bilion (RM853.50 bilion).
Perisian yang digunakan untuk menghasilkan permainan video
Selain itu, Yih Chun juga dapat menjimatkan lagi kos perniagaannya itu kerana semua design, programming dan semua lukisan adalah dihasilkan oleh dirinya sendiri. Tetapi sebelum ini, Yih Chun juga pernah mengambil artis tempatan dan juga luar negara untuk meningkatkan kualiti grafik di dalam salah satu game yang dihasilkan olehnya.
Perisian yang digunakan untuk menghasilkan permainan videonya adalah, program seperti GIMP dan Asperite. Manakala untuk penghasilan program dan pengaturcaraan, dia menggunakan enjin permainan video seperti Gamemaker Studio dan Unity. Dia mengesyorkan bagi mereka yang baru-baru sahaja nak berjinak belajar dalam pembikinan permainan video, Gamemaker Studio dan Unity adalah enjin permainan yang paling sesuai untuk digunakan.
Yih Chun yang merupakan seorang daripada latar belakang pengajian kejuruteraan ini mula belajar secara trial and error sahaja! Tak ada guru atau pendidikan secara formal pun diambil. Oleh kerana minatnya yang tinggi dalam pembikinan permainan video ini, dia mengambil inisiatif untuk belajar melalui video-video tutorial tentang pengaturcaraan dan rekaan di Youtube sahaja!
Menurut dirinya, benda yang paling penting dalam pembikinan permainan video ini adalah dengan memilih dahulu enjin yang paling sesuai untuk diri anda seperti yang disyorkan oleh Yih Chun iaitu Gamemaker Studio atau Unity. Kalau dah tahu enjin mana yang bakal digunakan, pencarian akan menjadi lebih mudah kerana dah mempunyai fokus.
Skill yang perlu dimiliki untuk menghasilkan video game
Skill yang perlu dimiliki untuk menghasilkan video game dibahagikan kepada hard skill dan juga soft skill. Hard skill adalah pengaturcaraan, menyelesaikan ralat dan kemahiran teknikal dalam meyusun unsur-unsur yang ada di dalam sesebuah judul tersebut. Manakala soft skill pula kemahiran dalam penentuan aesthetic atau visual yang akan digunakan, komposisi, pilihan lagu dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, kemahiran pengurusan juga amat penting untuk memastikan game tersebut siap dalam masa yang telah ditetapkan dan kos yang dibelanja pula tidak terlalu tinggi. Dalam pembikinan game ini, inspirasi bagi dirinya sehingga dia jatuh cinta dalam industri pembikinan video game ini adalah Markus Persson (Notch) yang merupakan individu menghasilkan ‘Minecraft’ secara solo seperti dirinya juga, dan seorang lagi pembikin permainan secara solo Eric Barone yang menghasilkan ‘Stardew Valley’.
Dua nama besar di dalam industri permainan video ini sudah berjaya menjadi jutawan selepas menghasilkan satu judul popular. Stardew Valley telah berjaya dijual 10 juta unit dan telah membolehkan Eric Barone untuk bersara di usia yang amat muda
Sentiasa menaruh harapan yang tinggi untuk berjaya
Walaupun kejayaan pada skala besar seperti itu jarang berlaku terutamanya di Malaysia dan pasaran Asia, namun Yih Chun sentiasa menaruh harapan yang tinggi untuk berjaya dari segi populariti judul buatannya dan juga dari segi kewangan seperti mereka.
Nasihat Yih Chun bagi mereka yang minat nak ceburi bidang ini adalah anda perlu cuba terlebih dahulu judul-judul dengan skop kecil dan mudah. Kumpulkan sebanyak pengalaman yang boleh dahulu dan idea untuk menghasilkan game itu kena sentiasa ada. Perkara yang paling penting adalah usaha untuk menghabiskan projek dan menghasilkan judul yang lengkap perlu diletakkan sebagai sasaran utama.
Sebelum Yih Chun menghasilkan gaem untuk dijual, dia telah banyak menghasilkan judul dalam talian yang boleh didapati secara percuma iaitu ‘free to play’ hanya untuk menimba ilmu di dalam bidang ini. Walaupun judul awal yang telah dihasilkan oleh dirinya nampak mudah sahaja, namun setiap satu merupakan langkah yang amat penting dalam memahami proses penghasilan judul yang seronok untuk dimain oleh pengguna.
Di samping itu, Yih Chun sentiasa terbuka hati dan sudi untuk bekerjasama dengan pihak yang lain terutamanya bakat di Malaysia untuk bekerjasama dalam menghasilkan judul yang baik.
Yih Chun menceritakan sedikit sebanyak mengenai judul yang telah diterbitkan olehnya
Yih Chun telah menghasilkan lebih daripada 40 judul game versi Flash yang masih lagi boleh dimain secara percuma di laman web Kongregate yang memaparkan semua judul awal hasil Nerdook Productions. Namun malangnya internet browser baru pada masa ini tidak lagi menyokong perisian Adobe Flash.
Setakat ini, judul besar daripada Syarikat Nerdook Production adalah “The Magister”, “Vertical Drop Heroes”, “Reverse Crawl” dan “Monster Slayers” yang boleh didapati di platform Steam, Nintendo Switch dan Playstation Store.
Pesan Yih Chun, jangan sesekali takut untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun bersendirian. Apapun, tahniah diucapkan kepada Yih Chun, kejayaan Yih Chun ini boleh dijadikan inspirasi bagi mereka di luar sana agar sentiasa berusaha dalam apa sahaja bidang yang anda minati. Bak kata peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih