• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak

Oleh
Ismail NA
26 Mei 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Memang Mewah Habis!

Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak. Sebut sahaja rumah panjang, pasti anda membayangkan keadaan sebuah rumah kayu yang bersambung dan terletak di kawasan pedalaman Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Memang Mewah Habis!
  • 1. Rumah Panjang Jangu Ladong Tahir, Ulu Sebauh
  • 2. Rumah Panjang Andrewson Ngalai, Sibu
  • 3. Rumah Panjang Tr. Robert, Miri
  • 4. Rumah Panjang Linggang, Merampu Pakan
  • Musim perayaan Gawai Dayak inilah ramai anak perantau mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah panjang masing-masing. Namun, tahukah anda apa perkara lazim semasa perayaan tersebut? Bacaan lanjut di sini:

Namun demikian, seiring dengan perubahan zaman yang semakin maju dan moden, rumah tradisi seperti rumah panjang di Sarawak juga tidak ketinggalan dalam menerima perubahan. Malah, semakin banyak rumah panjang yang ada di Sarawak dinaiktaraf menjadi sebuah rumah panjang moden yang cantik dan mewah persis hotel lima bintang. Macam tak percaya kan?

Untuk artikel kali ini, kami bawakan kepada anda 4 rumah panjang moden yang pasti membuatkan anda terpegun.

1. Rumah Panjang Jangu Ladong Tahir, Ulu Sebauh

Rumah panjang Jangu Ladong Tahir ini terletak di KM15, Ulu Sebauh, Bintulu. Rumah ini dibina pada tahun 2000 apabila ketua rumah atau tuai rumah yang terdahulu, Tahir Kalau, memindahkan komuniti Iban di kawasan Sungai Tebas ke kawasan penempatan yang lebih dekat dengan akses asas seperti jalan raya, elektrik dan bekalan air.

Rumah panjang ini mempunyai 33 buah pintu dan boleh dikatakan sangat terkenal kerana reka bentuk dalamannya yang up-to-date dan menampakkan elemen mewah yang jarang dilihat pada rumah panjang lain. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ruang tingkat atas yang dihubungkan menggunakan tangga seperti rekaan rumah dalam filem Hindustan. Ruang berkumpul atau ruai nya pula tampak kemas dan bersih dengan kemasan lantai yang diperbuat daripada jubin. Nang kacak eh!

Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak. Kredit : FB Andrewson Luat Jantai
Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Kredit : FB Andrewson Luat Jantai
Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Kredit : BERNAMA

2. Rumah Panjang Andrewson Ngalai, Sibu

Jika dilihat sekali imbas, rumah panjang ini kelihatan seperti sebuah deretan rumah seperti di kawasan perumahan. Namun, ia sebenarnya merupakan rumah panjang moden yang terletak di Skim Penempatan Semula Sekuau, Sibu. Untuk pengetahuan anda, bekas tuai rumahnya iaitu Andrewson Ngalai merupakan seorang penyanyi Iban yang popular dengan lagu Bekikis Bulu Betis. Kini, legasi rumah panjang moden ini diterahui oleh anaknya yang juga merupakan penyanyi Iban iaitu Rickie Andrewson.

Lihat lah kecantikan rumah panjang ini. Dari luar pun dah nampak macam banglo mewah. Perggh!

Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Kredit : Norlela Parman
Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Ini 4 Rumah Panjang Moden Persis Hotel 5 Bintang Di Sarawak. Kredit : Norlela Parman
Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Kredit : FB I Love Sarawak
Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Kredit : FB I Love Sarawak
Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Kredit : Norlela Parman

3. Rumah Panjang Tr. Robert, Miri

Rumah panjang ini pula terletak di Jambatan Suai, Niah, Miri. Meski pun tidak banyak info yang diperolehi tentang rumah panjang ini, namun perkongsian suasana rumah panjang ini sempat tular di laman sosial kerana dekorasi dan pencahayaannya yang superb.

Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Kredit : FB Borneo
Kredit : FB Borneo
Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Kredit : FB Borneo

4. Rumah Panjang Linggang, Merampu Pakan

Seorang pengguna laman sosial, Chrisroyston Bakum pula pernah memuat naik suasana sebuah rumah panjang di kawasan Merampu, Pakan ketika perjalanan menunggang motosikal bersama rakannya. Walau pun masih dalam proses renovasi semasa gambar ini dimuat naik, namun ruang dalaman rumah panjang ini memiliki dekorasi yang ‘sedap mata memandang’. Lihat sahaja kekemasan ruang di rumah panjang ini. Rumah panjang pun dah advance sekarang tau!

Kalah Hotel 5 Bintang, Ini 4 Rumah Panjang Moden Yang Anda Wajib Lihat Di Sarawak
Kredit : FB Chrisroyston Bakum

Beginilah suasana rumah panjang moden yang ada di Sarawak. Kebanyakan konsep rumah panjang di Sarawak pada masa kini telah berubah kepada rumah simen dan bata berbanding rumah kayu. Kalau ada yang masih mempunyai ‘mindset’ bahawa rumah panjang masih belum maju, rasai sendiri pengalaman menginap di rumah panjang ini selama semalam dua. Pasti anda takkan lupa.

Musim perayaan Gawai Dayak inilah ramai anak perantau mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah panjang masing-masing. Namun, tahukah anda apa perkara lazim semasa perayaan tersebut? Bacaan lanjut di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Main ‘Libas-Libas’ Parang Di Pintu Gerbang Sibu Cetus Kegusaran Awam
Next Article Berani Buka Syarikat Game Secara Solo, Anak Sarawak Ini Berjaya Tembus Pasaran Antarabangsa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?