• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pihak Berkuasa Rampas Beras Bernilai RM2.1 Juta Di Sebuah Gudang Tanpa Lesen Di Sibu

Oleh
Aina Musa
22 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Simpan beras bersubsidi tanpa lesen

Pihak Berkuasa Rampas Beras Bernilai RM2.1 Juta Di Sebuah Gudang Tanpa Lesen Di Sibu. Sejumlah 645.75 tan metrik beras pelbagai gred termasuk beras putih import (BPI) yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta dirampas di sebuah gudang di Sibu, Sarawak baru-baru ini.

Rampasan itu dibuat menerusi serbuan sepasukan penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui operasi bersepadu Op Taring Bravo 3 bermula 15 Mei lalu.

Pihak Berkuasa Rampas Beras Bernilai RM2.1 Juta Di Sebuah Gudang Tanpa Lesen Di Sibu. Sumber: Kosmo

Menurut KPKM, serbuan turut dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) selama dua hari di sekitar daerah itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis perniagaan berkenaan tidak mempunyai lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

“KPB menyita stok beras tersebut berserta dokumen-dokumen yang berkaitan bagi siasatan lanjut di bawah Akta 522 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 P.U (A) 624,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KPKM berkata, siasatan turut dijalankan terhadap syarikat tersebut sama ada terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi iaitu BPI.

Pada masa sama, KPB memberi peringatan kepada semua pemegang lesen supaya mematuhi perundangan di bawah Akta 522 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya pemegang lesen gagal mematuhinya.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Andreana Celly, Ratu Cantik Pertama Dari Sarawak Memenangi Miss Supranational Malaysia
Next Article 5 PATI Cuba Masuk Sarawak Diusir Keluar Oleh TDM 5 PATI Cuba Masuk Sarawak Diusir Keluar Oleh TDM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?