• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki Mabuk Cuba Rampas Submesingan Di Balai Polis Ditahan

Oleh
Husna Hazmi
19 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki tersebut telah ditahan reman polis

Lelaki Mabuk Cuba Rampas Submesingan Di Balai Polis Ditahan. Dilaporkan, pihak polis telah mengesahkan lelaki yang ditahan kerana cuba merampas senjata api dalam kejadian di Balai Polis Dato Keramat di Georgetown, hari ini berada di bawah pengaruh alkohol.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad, suspek yang berusia 35 tahun itu masing-masing mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Lelaki Mabuk Cuba Rampas Submesingan Di Balai Polis Ditahan
Lelaki Mabuk Cuba Rampas Submesingan Di Balai Polis Ditahan. Sumber foto: Harian Metro

Negatif daripada sebarang pengambilan dadah

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengambilan dadah.

Permohonan reman dibenarkan selama empat hari sehingga 22 Mei bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan; 506 Kanun Keseksaan dan 90 Akta Polis 1967,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa seorang lelaki dengan empat rekod lampau ditahan selepas cuba merampas submesingan jenis HK MP5 dalam milikan anggota di pintu pagar balai polis berkenaan, pada awal pagi hari ini.

Lelaki Mabuk Cuba Rampas Submesingan Di Balai Polis Ditahan
Gambar sekadar hiasan

Didatangi lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol

Hamzah berkata, dalam kejadian jam 4 pagi itu, anggota yang bertugas di balai berkenaan didatangi lelaki tempatan yang berada di bawah pengaruh alkohol.

Beliau berkata, suspek kemudian bertindak mengarah anggota berkenaan bagi membuka pintu pagar sambil memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Anggota polis yang bertugas sudah memberi amaran dan nasihat kepada suspek supaya beredar serta tinggalkan kawasan balai, ujar beliau.

Lelaki Mabuk Cuba Rampas Submesingan Di Balai Polis Ditahan
Gambar sekadar hiasan

Rampas senjata api jenis HK MP5

Selepas itu, beliau berkata suspek enggan dan terus menghampiri anggota polis itu sebelum merampas senjata api jenis HK MP5 yang disandang anggota berkenaan namun berjaya dihalang.

Suspek juga kemudian mengambil topi keledar dan cuba menyerang anggota polis itu menyebabkan berlakunya pergelutan semasa proses tangkapan, jelas beliau lagi.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Padah Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Warga Emas Didenda RM10K Di Sandakan
Generasi Ketiga Warga Sarawak Lahir Luar Negeri Tidak Layak Terima Bantuan Kerajaan
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Generasi Ketiga Warga Sarawak Lahir Luar Negeri Tidak Layak Terima Bantuan Kerajaan Generasi Ketiga Warga Sarawak Lahir Luar Negeri Tidak Layak Terima Bantuan Kerajaan
Next Article Mengenakan 30 Pakaian Etnik Dalam Persembahan Tarian Berkoreografi, Sarawak Sertai MBOR

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?