• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar

Oleh
ILB - AI
29 Oktober 2021
Kongsi
6 Min Bacaan
Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar

Asal bercuti ke tempat lain, mesti check-in!

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar. Akhirnya, hari yang anda tunggu telah tiba! Before you realise it, anda sudah mula bercuti – memandu atau terbang ke suatu tempat untuk menikmati masa cuti anda. Percutian adalah masa yang sesuai untuk berehat dan cara yang lebih baik untuk berehat semasa bercuti adalah menginap di hotel yang selesa.

Isi Isi Penting
  • Asal bercuti ke tempat lain, mesti check-in!
  • Hilangkan bau dengan menggunakan pewangi kereta
  • Lembutkan mentega keras
  • Tiada seterika? Tak apa!
  • Bercuti untuk menyambut hari istimewa? Beritahu kakitangan hotel semasa tempahan
  • Kalis bunyi bilik anda
  • Hilangkan kabus di cermin dengan sabun bar
  • Selamat bercuti!

Untuk memastikan anda tidak menghadapi kesukaran semasa percutian anda yang seterusnya, berikut ialah 6 hotel hacks yang perlu diketahui terlebih dahulu agar anda boleh menikmati penginapan yang menyenangkan.

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar
Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar

Hilangkan bau dengan menggunakan pewangi kereta

Apabila anda mendaftar masuk ke hotel, anda pasti akan diberikan bilik yang baru dibersihkan. Bilik yang bersih dan segar akan membuatkan anda berasa tenang, tetapi bagaimana jika bilik itu berbau ‘hapak’?

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar

Jika ini berlaku, anda tidak perlu risau. Apa yang anda perlukan hanyalah klip pewangi kereta (seperti Ambi Pur atau Glade) dan klipkannya pada unit penghawa dingin hotel anda. Bilik anda akan berbau segar dalam masa yang singkat!

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar
Cuma klip sahaja di penghawa dingin bilik hotel anda.

Ia adalah baik untuk membawa salah satu klip ini kerana ia akan berguna untuk bilik yang berada di kawasan lembap.

Lembutkan mentega keras

Mungkin anda pernah mengalami masalah ini – anda sudah selesai membakar roti anda dan apabila anda hendak sapukan mentega ke atasnya, mentega anda keras seperti batu.

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar

Perkara ini sering berlaku di bufet hotel tetapi anda boleh mengatasi masalah ini dengan cara yang mudah! Cuma letakkan paket mentega itu ke atas pembakar roti semasa ia panas. Dengan cara ini, mentega anda sudah menjadi lembut apabila roti anda sudah habis dibakar dan mudah disapu pada roti bakar anda.

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar
Cuma letakkan mentega di atas pembakar roti untuk melembutkan mentega dengan pantas. Kredit: Twitter

Tiada seterika? Tak apa!

Bila dah bercuti, dah tentu takkan bawa seterika kan? Selalunya, seseorang mungkin akan menyeterika semua pakaian mereka sebelum pergi bercuti tetapi kadang-kadang pakaian kita tetap akan berkedut no matter how careful we are.

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar
Kredit: Smarter Travel

Daripada meminta perkhidmatan menyeterika daripada reception hotel dan menambah bil, anda boleh gunakan cara ini: Gantung pakaian anda pada hanger dan letak di bilik mandi semasa anda mandi.

Wap dari air panas akan mengurangkan kedutan di pakaian anda.

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar
Kredit: Daily Mail

Bercuti untuk menyambut hari istimewa? Beritahu kakitangan hotel semasa tempahan

Sekiranya anda sedang bercuti untuk meraikan sesuatu seperti bulan madu, hari lahir atau ulang tahun, beritahu pihak hotel anda semasa tempahan.

Cadangan ini bukanlah untuk mendedahkan hal peribadi anda secara sengaja tetapi untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan sesuatu sebagai balasan jika anda memberitahu sebab anda menempah hotel tersebut.

Kebiasaannya, pihak hotel akan menambah beberapa hadiah percuma bersama-sama dengan ucapan tahniah sempena hari istimewa anda. Anda juga mungkin akan diberi diskaun untuk penginapan anda atu mungkin dinaik taraf tanpa caj tambahan.

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar
Contoh hiasan yang boleh disediakan oleh pihak hotel. Kredit: Pinterest

Of course, ini berdasarkan nasib anda juga tetapi ia tidak salah untuk mencuba!

Kalis bunyi bilik anda

Perkara terakhir yang anda inginkan semasa percutian anda ialah kebisingan semasa anda sedang tidur. Bunyi bising tidak dapat dielakkan sepenuhnya, lagipun hotel adalah tempat penginapan bukan perpustakaan jadi memang pasti ada orang yang akan keluar masuk dari bilik hotel.

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar
Kredit: VideoHive

Jika anda geram dengan bunyi bising berterusan orang berjalan di lorong koridor bilik hotel anda, inilah yang perlu anda lakukan – gulungkan sehelai tuala atau selimut dan letakkan berhampiran celah pintu. Dengan cara ini, bunyi bising dan cahaya dari luar bilik anda tidak akan masuk ke dalam dan memastikan anda tidak diganggu.

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar

Hilangkan kabus di cermin dengan sabun bar

Hack cermin ini sama berguna di rumah seperti di hotel. Kebiasaannya, cermin akan menjadi kabus terutamanya selepas mandi air panas. Jadi, ia boleh menjadi agak menjengkelkan apabila anda perlu menggunakan cermin selepas itu.

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar
Kredit: TripAdvisor

Sekiranya ini berlaku, anda hanya memerlukan sebatang sabun bar! Cuma gosok cermin berkabus dengan sabun itu agar wap diserap olehnya. Selepas menggosok cermin dengan sabun, anda boleh mengelapnya dengan kain lap kering.

Bercuti Ke Tempat Lain? Ini 6 Hotel Hacks Berguna Untuk Percutian Yang Lancar
Langkah menghilangkan wap di permukaan cermin. Kredit: Constantly Organizing With T

Dengan cara ini, kabus tidak akan kekal pada cermin anda walaupun selepas anda selesai mandi air panas anda.

Selamat bercuti!

Memandangkan sudah penghujung tahun dan pelancongan kini mula dibenarkan, maka tidak hairanlah ramai orang akhirnya keluar untuk bercuti. Jadi untuk percutian seterusnya, ingat hacks berguna ini dan anda akan mendapat penginapan yang lebih menyenangkan!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sedih Dengan Pengunjung Yang Tidak Bermoral, Pantai Batu Gajah Bintulu Dicemari Vandalisme Sedih Dengan Pengunjung Yang Tidak Bermoral, Pantai Batu Gajah Bintulu Dicemari Vandalisme
Next Article Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Harga RM6888 Jadi Bualan Di Kuching Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Harga RM6888 Jadi Bualan Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?