fbpx
Cerita Borneo

Ini Adalah 7 Cara Hack Mencuci Barang Yang Anda Boleh Cuba!

Tip yang berguna untuk anda!

Ini Adalah 7 Cara Hack Mencuci Barang Yang Anda Boleh Cuba! Akan ada masa kita melakukan pembersihan rumah secara menyeluruh. Menyeluruh as in pembersihan yang sangat terperinci!

Tetapi anda tak perlu menghabiskan masa yang lama untuk membersihkan rumah anda secara terperinci. Berikut adalah 7 hacks yang akan memudahkan anda!

Ini Adalah 7 Cara Hack Mencuci Barang Yang Anda Boleh Cuba!

Disinfeksi span mengguna microwave

Anda memang guna span dapur untuk membersihkan peralatan, pinggan dan cawan, malah meja juga, tetapi menurut kajian yang diterbit oleh Scientific Reports, melakukan perkara itu akan menyebarkan berjuta-juta bakteria di seluruh rumah.

Untuk disinfeksi span anda, anda hanya perlu letakkan span yang lembap ke dalam microwave selama 90 saat. Ini akan mengurangkan jumlah bakteria dalamnya sebanyak 99%.

Steam clean microwave anda

Kekacauan yang tersekat dari masa anda cuba panaskan makanan sisa anda akan mengambil masa yang lama untuk bersihkan. Namun, hal ini boleh dipermudahkan dengan teknik ini.

Anda boleh bersihkan microwave anda tanpa menggosok dengan memasukkan semangkuk air panas ke dalamnya dan panaskan hingga 5 minit. Wap yang dihasilkan melalui pemanasan air akan melonggarkan kotoran di dalam microwava anda dan memudahkan untuk membersihkannya dengan kain!

Disinfeksi papan kekunci anda dengan berus gigi dan sedikit cuka

Tahukah anda papan kekunci anda dipenuhi dengan bakteria?

Jangan pula anda cucikan papan kekunci anda dengan air! Percuma nya rosak kelak. Disebaliknya, celupkan berus gigi dalam larutan setengah cuka, setengah air dan gosok pada dan di antara kunci untuk menghilangkan kuman.

Gunakan bikarbonat soda untuk hilangkan calar di pinggan

Masalah kesan calar atas pinggan akibat pisau dan garpu boleh diselesaikan. Untuk ini, anda perlu membuat satu pes dengan menggunakan bikarbonat soda dan air.

Gosokkan pes tersebut atas pinggan dan cuci kemudian. Anda akan perasan calar tersebut akan hilang!

Bersihkan barang-barang perak gunakan ubat gigi

Sekiranya tidak dijaga, barang hiasan diperbuat daripada perak akan mengalami noda dan pengoksidaan.

Tetapi jika benda ini berlaku, tak perlu risau. Anda hanya perlu sapukan ubat gigi pada barang-barang perak anda dan gosokkannya dengan kain lap. Anda boleh juga gunakan berus gigi yang lembut untuk bersihkan barang-barang hiasan yang memerlukan pembersihan terperinci.

Blender cuci sendiri

Membersihkan pengisar tak best. Tugas yang melibatkan memasukkan tangan anda ke dalam mangkuk yang penuh dengan pisau dan berharap yang terbaik setiap kali anda cuba buangkan sisa-sisa smoothie dari bilah pengisar memang tugas yang membosankan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda hanya perlu tuangkan sedikit air suam, bikarbonat soda, dan sabun cuci ke dalam pengisar anda dan campurkan selama beberapa saat. Setelah selesai, segera cuci dengan air dan anda akan mendapat sebuah pengisar bersih!

Bersihkan tingkap anda guna surat khabar

Mungkin anda tahu trick ini, tetapi bagi mereka yang tidak tahu, anda boleh gunakan surat khabar untuk bersihkan tingkap anda.

Cara murah dan mudah untuk membersihkan permukaan tingkap anda adalah dengan surat khabar. Hal ini kerana ia tidak akan meninggalkan kesan, tak seperti kain.

Sembur sahaja pembersih biasa anda ke permukaan tingkap dan sebarkan dengan surat khabar. Anda akan mendapatkan tingkap yang bersinar tanpa coretan!

Adakah anda mempunyai tips yang boleh dikongsikan? Kongsi tips anda di ruangan komen di bawah!

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close