• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Bergurau Acu Pistol Di Metrocity Matang, Tiga Lelaki Akhirnya Ke Lokap

Oleh
Aina Musa
24 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Bergurau Acu Pistol Di Metrocity Matang, Tiga Lelaki Akhirnya Ke Lokap

Padah bergurau tak kena tempat

Padah Bergurau Acu Pistol Di Metrocity Matang, Tiga Lelaki Akhirnya Ke Lokap. Polis telah menahan tiga lelaki di Kuching kerana disyaki terlibat dalam aksi ‘gurauan’ menggunakan pistol seperti yang tular dalam satu rakaman video di media sosial pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, menyatakan bahawa suspek berusia antara 23 hingga 26 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di kawasan Matang, Kuching.

Padah Bergurau Acu Pistol Di Metrocity Matang, Tiga Lelaki Akhirnya Ke Lokap
Padah Bergurau Acu Pistol Di Metrocity Matang, Tiga Lelaki Akhirnya Ke Lokap. Sumber: Utusan Borneo

Menurut beliau, kesemua suspek itu ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan satu video tular berdurasi 13 saat dari akaun Telegram yang menunjukkan seorang lelaki mengacukan pistol kepada seorang lagi lelaki di dalam kenderaan di Metrocity, Kuching.

“Turut dirampas daripada suspek adalah sepucuk pistol tiruan dan sebuah motokar.

“Hasil siasatan terhadap ketiga-tiga suspek, mereka mengaku terlibat dalam video tular tersebut dan menyatakan tujuan video itu dirakam hanyalah untuk gurauan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa hasil pemeriksaan lanjut mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau yang melibatkan jenayah kekerasan.

“Kesemua suspek akan direman pada 24 Jun (hari ini) bagi membantu siasatan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Selain itu, kes ini juga akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Baca lagi artikel menarik:

Van Rosak Dalam Perjalanan Ke Papar, Pemuda Menangis Terkandas 3 Jam Bersama Jenazah Bapa Mentua
Kerajaan Sarawak Luluskan Projek Jalan Baharu RM160 Juta Di Batu Kawa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak Luluskan Projek Jalan Baharu RM160 Juta di Batu Kawa Kerajaan Sarawak Luluskan Projek Jalan Baharu RM160 Juta Di Batu Kawa
Next Article Sempat Selfie Sambil Belasah, Remaja Dibuli Rakan Sebaya Beramai-Ramai Di Betong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?