• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Berhabis Ribuan Pound Buat Muka, Model Terkenal Tak Kisah Pipi Besar Dan Pelik

Oleh
ILB - AI
16 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular perubahan drastik pada wajah model terkenal, Ukraine

Berhabis Ribuan Pound Buat Muka, Model Terkenal Tak Kisah Pipi Besar Dan Pelik. Peminat terkejut apabila model terkenal Ukraine mempunyai ‘pipi terbesar dunia’ itu mendedahkan wajahnya sebelum pembedahan.

Menurut Mirror UK, model yang dikenali sebagai Anastasia Pokreshchuk itu membuat perkongsian gambar perbandingan wajahnya sebelum dan selepas pembedahan di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsiannya itu, wajah Anastasia Pokreshchuk jelas berbeza hasil selepas dia membelanjakan ribuan pound untuk pembedahan estetik.

Berhabis Ribuan Pound Buat Muka, Model Terkenal Tak Kisah Pipi Besar Dan Pelik
Sumber: Cari

Malah, rambutnya juga bertukar menjadi warna ‘hot pink’

Bukan itu sahaja, rambut model itu kini berwarna merah jambu terang, malah dia mempunyai solekan dramatik pada tulang pipi dan dagunya, serta bibirnya lebih lebar.

Dia berkongsi foto itu dengan 93,000 pengikutnya di media sosial, yang turut mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Pelbagai reaksi dari peminat, ada yang suka, ada yang tidak suka dengan wajah baharunya

Menurut laporan, majoriti netizen yang melihat foto itu lebih menyukai wajah asal Anastasia, manakala segelintir netizen turut menyukai penampilan wajah baharunya itu.

Berhabis Ribuan Pound Buat Muka, Model Terkenal Tak Kisah Pipi Besar Dan Pelik
Sumber: Mirror UK

Dipercayai Anastasia telah melakukan perubahan wajah (facelift) sejak dia berumur 26 tahun, bermula dengan bibir dan suntikan botox ke dahinya.

Selain pipi, Anastasia juga mewarnakan rambutnya, memasang venir pada gigi dan melakukan prosedur pembesaran payudara.

Pembedahan dibuat kerana untuk meningkatkan keyakinan

Dalam pada itu, model berusia 34 tahun itu turut menyatakan bahawa dia melakukan perubahan tersebut untuk meningkatkan keyakinan dirinya.

“Sebelum ini ibu merasakan saya cantik semula jadi namun kini dia rasa saya lebih eksotik. Rakan pula berkata penampilan baru saya lebih baik kerana sebelum ini saya kelihatan seperti tikus kelabu,” ujarnya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

‘Awake Craniotomy’ Pertama Di Sabah, Pembedahan Otak Pesakit Dalam Keadaan Sedar Berjalan Lancar
Trend Sulam Kening, Ketahui Persamaan Tatu Sebenar Dan Embroidery
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berang Perkataan 'Babi' Ditulis Pada Cawan, Wanita Ini Mahu Saman Starbucks Malaysia Berang Perkataan ‘Babi’ Ditulis Pada Cawan, Wanita Ini Mahu Saman Starbucks Malaysia
Next Article Terima Pesanan Makanan Jam 2 pagi, Pelanggan Nak Hisap Rider ‘Punya’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?