I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: ‘Awake Craniotomy’ Pertama Di Sabah, Pembedahan Otak Pesakit Dalam Keadaan Sedar Berjalan Lancar
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Awake Craniotomy’ Pertama Di Sabah, Pembedahan Otak Pesakit Dalam Keadaan Sedar Berjalan Lancar

Oleh Husna Hazmi 15 Januari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Pembedahan otak pesakit dalam keadaan sedar sepenuhnya berjaya di Sabah.

‘Awake Craniotomy’ Pertama Di Sabah, Pembedahan Otak Pesakit Dalam Keadaan Sedar Berjalan Lancar. Dilaporkan, Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 di Kota Kinabalu dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya melakukan pembedahan otak yang pertama di negeri ini yang melibatkan seorang pesakit dalam keadaan sedar sepenuhnya.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Rose Nani Mudin, pembedahan yang dikenali sebagai ‘awake craniotomy’ itu selamat dijalankan selama enam jam pada 12 Januari lepas di Dewan Bedah HQE 2 membabitkan seorang pesakit wanita berumur 50 tahun. 

'Awake Craniotomy' Pertama Di Sabah, Pembedahan Otak Pesakit Dalam Keadaan Sedar Berjalan Lancar
‘Awake Craniotomy’ Pertama Di Sabah, Pembedahan Otak Pesakit Dalam Keadaan Sedar Berjalan Lancar. Sumber foto: Utusan Borneo

Pembedahan berjaya hasil usaha Pakar Bedah Otak

Beliau berkata pembedahan itu berjaya hasil usaha Pakar Bedah Otak HQE 2 Dr. M. Sofan Zenian dan Dr. Hezry Abu Hasan bersama Pakar Bius Otak dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS Dr. Yeap Boon Tat, serta Pakar Perunding Kanan Pembedahan Otak dari Hospital Sungai Buloh Dr. Liew Boon Seng.

Sebelum pembedahan dilakukan, pesakit telah menerima penerangan secara menyeluruh daripada pakar bedah dan pakar bius sebelum menyatakan keyakinan untuk menjalani pembedahan tersebut.

Dalam kenyataan daripada Datuk Dr. Rose Nani lagi, sepanjang pembedahan ini dijalankan, pesakit dapat mengeja nama dan menyanyikan sebuah lagu ringkas dan selepas pembedahan, pesakit hanya mengalami gejala sakit kepala yang sedikit sahaja dan dibolehkan minum air dan makan hidangan lembut keesokan harinya.

Pesakit mengalami simptom sakit kepala sejak Oktober 2022 dan disahkan menghidap ‘multiple meningioma’ di bahagian kiri otak setelah didiagnosis di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

“Keadaan klinikal dan gejala yang dialami pesakit semakin teruk sehingga menjejaskan kualiti kehidupannya. Justeru, keputusan untuk melakukan pembedahan otak menggunakan teknik ‘awake craniotomy’ adalah bertujuan merawat dan seterusnya membolehkan pesakit menjalani kualiti kehidupan yang lebih baik,” jelas beliau lagi.

'Awake Craniotomy' Pertama Di Sabah, Pembedahan Otak Pesakit Dalam Keadaan Sedar Berjalan Lancar

Pesakit berada dalam keadaan sedar sepenuhnya sepanjang pembedahan

Menurut beliau, menerusi pembedahan otak ‘awake craniotomy’ ini, pesakit berada dalam keadaan sentiasa sedar sepanjang pembedahan. Oleh itu, pakar bedah otak akan sentiasa memantau tahap kesedaran (consciousness) dan kecerdasan otak dari semasa ke semasa sepanjang pembedahan dijalankan.

“Ia penting agar pakar bedah otak dapat menilai sejauh mana keberkesanan pembedahan itu dan kesan sampingan yang mungkin timbul seperti pendarahan di dalam otak.

“Sehubungan itu, kerjasama erat di antara pakar bius otak (neuroanaesthesiologist) dan pakar saraf (neurologist) adalah diperlukan sepanjang pembedahan ini,” tambah beliau.

Teknik pembiusan secara sedar yang digunakan dalam pembedahan ini adalah yang pertama dilakukan di Sabah.

Ubat yang diberikan memerlukan mesin khas yang dipanggil ‘Target Controlled Infusion’ (TCI) yang menyukat kepekatan ubat di dalam darah pesakit.

“Pesakit yang menerima ubat bius dalam keadaan sedar ini akan boleh berkomunikasi dengan doktor sepanjang pembiusan,” kata beliau.

Dalam masa yang sama, Datuk Dr. Rose Nani turut menerangkan bahawa pembedahan otak ‘awake craniotomy’ ini sudah pun lama diperkenalkan di sejak awal 2000 lagi dan ia dimulakan di Malaysia seawal 2010 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Gara-Gara Isu Minyak Masak, 5 Penjawat Awam Antara Ditahan Terima Rasuah Di Sabah
Bung Moktar Digugurkan, Kabinet Negeri Dirombak Bagi Kukuhkan Kerajaan Sabah
SUMBER : Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Motosikal Dan Kereta Di Kota Samarahan
Next Article Sedap Dan Tak Terkata, Warga Kuching Wajib Cuba Nasi Arab Di Rina Nasi Arab No 1 Sedap Tak Terkata, Warga Kuching Wajib Cuba Rina Nasi Arab No 1 Di Padungan Ini

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?