• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berhasrat Untuk Tingkatkan KDNK Kepada 1.4 Bilion, Premier Ingin Jadikan Serian Sebagai Mini New Zealand

Oleh
Husna Hazmi
15 Julai 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

KDNK Serian ingin ditingkatkan keada 1.4 Bilion menjelang 2030.

Berhasrat Untuk Tingkatkan KDNK Kepada 1.4 Bilion, Premier Ingin Jadikan Serian Sebagai Mini New Zealand. Dilaporkan, Menurut Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan Sarawak berhasrat untuk meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Serian kepada 1.4 bilion menjelang 2030 bagi menjadikan Serian sebagai ‘Mini New Zealand Sarawak’.

Beliau berkata KDNK Serian kini berjumlah sebanyak RM 600 juta dan menjelang 2030, sejajar dengan pembangunan di Sarawak, jumlah ini dianggarkan boleh mencapai enam dan lapan peratus.

Berhasrat Untuk Tingkatkan KDNK Kepada 1.4 Bilion, Premier Ingin Jadikan Serian Sebagai Mini New Zealand
Berhasrat Untuk Tingkatkan KDNK Kepada 1.4 Bilion, Premier Ingin Jadikan Serian Sebagai Mini New Zealand. Kredit foto: The Borneo Post

Sasaran 1.4 bilion KDNK untuk Serian

Premier Sarawak meletakkan sasaran 1.4 bilion KDNK untuk Serian dan yakin bahawa sasaran ini boleh dicapai menjelang 2030.

Beliau berkata KDNK bahagian itu ketika ini berjumlah RM600 juta dan boleh mencapai sasaran menjelang 2030 sejajar dengan pertumbuhan tahunan Sarawak, yang dianggarkan antara enam dan lapan peratus, kata beliau sebelum melancarkan Pusat Konvensyen Serian (SCC) dan Pelan Induk Serian sempena ulang tahun ke-60 kemerdekaan Sarawak pada hari ini.

Tambah beliau lagi, beliau berazam untuk meningkatkan lagi tarikan pelancongan di Serian kerana bahagian ini sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadinya seperti gunung-ganang, sungai dan tasik.

Berhasrat Untuk Tingkatkan KDNK Kepada 1.4 Bilion, Premier Ingin Jadikan Serian Sebagai Mini New Zealand
Kredit photo: GQ

New Zealand diambil sebagai contoh

Beliau turut mengambil contoh daripada New Zealand yang merupakan sebuah negara dengan populasi kecil tetapi amat maju. Kawasan di luar bandar negara berkenaan juga amat membangun serta mempunyai infrastruktur jalan yang amat baik.

Oleh demikian, Premier berhasrat untuk membangunkan infrastruktur di Serian untuk menjadi lebih baik agar dapat menarik masuk pelancong luar. Dalam masa yang sama, pelancong asing juga boleh melabur dalam bidang tertentu dari segi pelancongan di sini menjadikan Serian sebagai ‘Mini New Zealand’, Sarawak.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Pakar Ekonomi Bank Dunia: Sarawak Kini Negeri Berpendapatan Tinggi
Menjadi Pusat Konvensyen Terbesar Di Sarawak, BCCK 2 Bakal Dibina Di Kuching
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aplikasi Untuk Semak Status Halal Makanan Dan Minuman Jika Di Luar Negara
Next Article Timbalan Premier Sarawak: Laluan ART Pertama Di Samarahan Dijangka Bakal Siap Oktober Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?