• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Beri Maklumat Palsu, Lebih 100 Individu Positif COVID19 Di Bintulu Tidak Dapat Dikesan

Oleh
ILB - AI
26 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Individu Yang Memasuki Bintulu Perlu Buat Ujian Saringan COVID-19 3 Hari Sebelum Perjalanan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Bintulu, semalam.

Beri Maklumat Palsu, Lebih 100 Individu Positif COVID19 Di Bintulu Tidak Dapat Dikesan. Individu individu ini dikatakan positif COVID19 namun tidak dapat dikesan di antara 12 April dan 21 April 2021 kerana mereka memberikan maklumat peribadi yang palsu kepada pihak berkuasa.

Perkara ini akhirnya menyebabkan kakitangan Hospital Bintulu tidak dapat menghubungi mereka untuk mengatur prosedur kuarantin, pengasingan dan rawatan. Menurut laporan, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menasihati kumpulan ini agar hadir di Jabatan Kecemasan Hospital Bintulu dalam masa 24 jam, jika tidak, mereka akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Tambah beliau lagi ; “Dari 12 hingga 21 April, lebih daripada 100 orang telah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian, tetapi kerana mereka memberikan maklumat peribadi termasuk alamat tempat tinggal dan maklumat hubungan mereka yang palsu, maka kakitangan hospital sekarang tidak dapat menghubungi mereka untuk menguruskan kuarantin, pengasingan dan prosedur rawatan.

“Individu positif COVID-19 ini mesti sedar bahawa selain sebagai pembawa, mereka juga boleh menjangkiti keluarga mereka, membahayakan seluruh komuniti mereka dengan terang-terangan apabila mereka berjalan (mengunjungi pelbagai tempat) dan mengabaikan diagnosis,”

Dalam kenyataan media beliau, Tiong berkata, dengan memberikan data dan maklumat palsu untuk mengeliru pihak berkuasa kesihatan, mereka ini harus bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka yang mementingkan diri dan akan berdepan undang-undang.

Tambahnya, orang ramai juga mesti melakukan peranan mereka dengan tidak menggalakkan tingkah laku tersebut dan melaporkan kedudukan mereka ini kepada pihak berkuasa.

Selain itu katanya, perniagaan dan majikan yang melanggar perintah tersebut dan prosedur operasi standard (SOP) juga akan berdepan dengan undang-undang.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PKPB Di Sarawak Disambung Sehingga 10 Mei 2021, 3 Hari Sebelum Hari Raya Aidilfitri
Next Article 'We Love Sarawak Kolo Mee,' Semua 425 Kedai 7-Eleven Di Singapura Kini Promosikan Mi Kolok Sarawak ‘We Love Sarawak Kolo Mee,’ Semua 425 Kedai 7-Eleven Di Singapura Kini Promosikan Mi Kolok Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?