• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PKPB Di Sarawak Disambung Sehingga 10 Mei 2021, 3 Hari Sebelum Hari Raya Aidilfitri

Oleh
ILB - AI
24 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Sarawak juga mencatatkan 570 kes positif COVID19 hari ini, kedua tertinggi di Malaysia

PKPB Di Sarawak Disambung Sehingga 10 Mei 2021, 3 Hari Sebelum Hari Raya Aidilfitri. Setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak masih tinggi,
Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak telah memutuskan untuk MELANJUTKAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak, mulai 27 April 2021 jam 12.01 pagi hingga 10 Mei 2021 jam 11.59 malam.

Keputusan tersebut dikeluarkan melalui kenyataan media rasmi harian jawatankuasa tersebut. Ini juga bermakna bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat yang dilanjutkan ini secara teori hanya akan berakhir pada 3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, itupun jika tidak disambung lagi.

Hari ini juga, Sarawak mencatatkan 570 kes positif COVID19 iaitu kedua tertinggi di Malaysia. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Bintulu (128), Kapit (109), Kuching (76), Sibu (54), Song (45), Subis (29), Serian (26), Bukit Mabong (16), Tatau (14), Miri (11), Kanowit (10), Belaga (10), Lundu (9), Mukah (9), Samarahan (9), Sarikei (5), Bau (3), Tebedu (2), Beluru (1), Saratok (1), Meradong (1), Betong (1) dan Selangau (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 27,319 kes.

Daripada 570 kes baharu yang dilaporkan, seramai 43 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 507 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. 5 kematian juga dicatatkan hari ini di Sarawak termasuk 1 kes yang dikategorikan sebagai Brought In Dead melibatkan kluster Sungai Gemuan.

Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak lapan (8) kompaun di daerah Sibu (5) dan Kuching (3) kerana telah melanggar SOP. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18.03.2020 hingga hari ini sebanyak 5,977 kompaun. Manakala satu (1) tangkapan dilakukan di premis makanan di Serian yang melibatkan seorang (1) lelaki warganegara India kerana gagal mematuhi SOP. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak juga telah mengeluarkan sebanyak 29 kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Serian (28) dan SMC (1).

Selain itu, 4 lagi kawasan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) . Kawasan kawasan tersebut adalah seperti gambar rajah di bawah :

5 lagi kawasan pula dilanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan termasuk Politeknik Mukah

Baca juga artikel lain :

Tonton juga video video menarik sepanjang bulan ramadhan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Kes Positif COVID-19 Di Sarawak Meningkat Kepada 717 Hari Ini
Next Article Individu Yang Memasuki Bintulu Perlu Buat Ujian Saringan COVID-19 3 Hari Sebelum Perjalanan Beri Maklumat Palsu, Lebih 100 Individu Positif COVID19 Di Bintulu Tidak Dapat Dikesan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?